|
Putrajaya: Pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 yang berakhir pada 31 Disember lalu dimanfaatkan oleh 96 peratus rakyat Malaysia yang layak, dengan hampir RM2.1 bilion dibelanjakan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, sebanyak RM150 juta lagi tidak dibelanjakan rakyat yang layak menerimanya. Berikutan itu, wang yang dijimatkan itu akan disalurkan kepada pelbagai inisiatif di bawah beberapa Kementerian. "Seperti saya janjikan RM150 juta tidak diambil oleh kerajaan. Kita akan serahkan, agihkan kepada penghuni pusat perlindungan seperti mangsa keganasan rumah tangga di bawah Nancy (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), pelajar OKU (orang kelainan upaya) dan keperluan khas di bawah Fadlina (Kementerian Pendidikan). "Pembelian peranti perubatan untuk pesakit miskin di bawah Dr. Zul (Kementerian Kesihatan) dan atas rayuan pagi tadi oleh saudara Zambri Menteri KPT (Kementerian Pengajian Tinggi), dia minta bagi kepada bank makanan Dapur Siswa sebanyak RM15 juta," katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan dan Amanat Tahun 2026 Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini. Sumber: Harian Metro
|

sharlenetexas replied at 5-1-2026 07:54 PM
Antaranya kemal dan kasah.

pearl.silver replied at 5-1-2026 07:51 PM
Ada la bahagian iols tu 30sen
azimodin replied at 7-1-2026 09:10 AM
Aku geram bila ada kedai yg tak bagi pengguna topup duit.. husband aku nak habiskan balance RM8. D ...
azimodin replied at 7-1-2026 09:10 AM
Aku geram bila ada kedai yg tak bagi pengguna topup duit.. husband aku nak habiskan balance RM8. D ...
zasrfikri replied at 7-1-2026 09:42 AM
kedai mana tu. tak nak gi la kedai tu. setakat ni pergi kt mydin dan econsave okey je kalau nak top ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-2-2026 10:19 PM GMT+8 , Processed in 0.043481 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.