CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

22 tahun sabar menanti, Abby Abadi akhirnya terima mas kahwin tertangguh daripada Norman Hakim

5-1-2026 11:57 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4866| Komen: 69

 



PELAKON Abby Abadi memaklumkan dia akhirnya menerima bayaran mas kahwin yang tertangguh daripada bekas suaminya yang juga aktor Norman Hakim.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 49, berkata dia bersyukur kerana suaminya Faizal Zakaria serta isteri Norman iaitu Memey Suhaiza tidak pernah mencampuri hal yang tertangguh antara mereka.

Menurut Abby, dia percaya setiap rezeki yang telah ditetapkan pasti menjadi miliknya, sama ada cepat atau lambat.




“Dengan tenangnya saya kongsikan serba sedikit supaya semua tahu, yang ini (mas kahwin) sudah selesai selepas 22 tahun. Terima kasih suami dan Memey kerana tak pernah campur urusan yang tertangguh ini.

“Bukan nak kongsi sangat pun sebenarnya, cuma nak maklumkan berkat kesabaran selama 22 tahun ini, rezeki saya tetap rezeki saya. Alhamdulillah,” katanya menerusi satu hantaran di TikTok.

Dia bagaimanapun tidak berkongsi lanjut mengenai jumlah yang diterimanya itu.

Dalam pada itu, Abby turut merakamkan penghargaan kepada Norman kerana sudi melunaskan tunggakan berkenaan selepas berkemampuan.

“Terima kasih Norman kerana sudi bayar apa yang tertunggak setelah berkemampuan. Awak kata tak perlu kongsi, tapi tak apalah saya suka nak kongsi.

"Saya terus menunggu dengan penuh kesabaran. Semoga berkat kesabaran 22 tahun ini, dapatlah saya sebuah mahligai bukan hanya di dunia, tetapi di syurga sana,” katanya.

Bagaimanapun, Abby menjelaskan masih terdapat tuntutan lain yang belum diselesaikan melibatkan nafkah sepanjang tempoh perkahwinan mereka.

“Yang saya tuntut nafkah makan minum dan tempat tinggal untuk 18 tahun, panjang lagi ceritanya. Yang ini hanya duit mas kahwin,” luahnya.

Untuk rekod, Abby dan Norman pernah mendirikan rumah tangga pada 2002 namun bercerai pada 2009.


 

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 22, Marissa Dania Hakim, 20, dan Danisha Hakim, 17 tahun.

Selepas itu, Abby mendirikan rumah tangga bersama Faizal manakala Norman pula berkahwin kali kedua dengan Memey pada 2011.

Sumber: mStar

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kalchi 5-1-2026 12:10 PM
Bukan nak kongsi tapi kongsi jugak?
Quote prince_marhaen 5-1-2026 12:20 PM
bakyah ngan noman kawin lari macam markisa jugak ke hutang2 mas kawin ni?
Quote CurangLagi 5-1-2026 12:21 PM
Apa maksud maskawin tertangguh?
Quote talapia 5-1-2026 12:30 PM
bukan ke mas kawin kalau tak setel.. takleh 'bersama'. unless kalau masa akad tu mmg sebut 'hutang'.

biasa org akad mmg sebut tunai.. tak pernah lak dengar org sebut hutang. takat RM22.50 je kalau Johor zaman aku.. takkan itu pon tertangguh?

ke konfius dengan hantaran? hantaran yg riban2 tu logikla kalau utang x setel2
Quote dua_chzy 5-1-2026 12:34 PM
Hhhaaaaahhhhh

(*menghela nafas panjang membaca tajuk tred)
Quote aint 5-1-2026 12:35 PM
baper juta ye mas kahwin Abby .. smpi amik masa 22 thn nak kumpul duit utk lunas kan
Quote mrsLucky 5-1-2026 12:53 PM
Diharap bayaran dibuat selaras dengan inflasi kerana nilai RM10 dahulu tidak sama dengan RM10 sekarang.
Quote borrow 5-1-2026 01:33 PM
Tahniah dpt jugak. Brp byk agaknya. Cam acik Erra bebaru ni , mas kawen 24 dinar emas , nasib tunai hehe.
Quote asfaz 5-1-2026 01:35 PM
prince_marhaen replied at 5-1-2026 12:20 PM
bakyah ngan noman kawin lari macam markisa jugak ke hutang2 mas kawin ni?

Tk la
Quote asfaz 5-1-2026 01:36 PM
talapia replied at 5-1-2026 12:30 PM
bukan ke mas kawin kalau tak setel.. takleh 'bersama'. unless kalau masa akad tu mmg sebut 'hutang'. ...

Ai rasa hantaran. Kalau selangor kl dlu rm80 aje kan.
Sekarang dah naik tapi tak la beribu pun.
Quote sharlenetexas 5-1-2026 01:50 PM
Sengaja nak bagi forumer ungkit zaman dahulu kalakah?


Quote selipar_hijau 5-1-2026 02:08 PM
“Dengan tenangnya saya kongsikan serba sedikit supaya semua tahu, yang ini (mas kahwin) sudah selesai selepas 22 tahun. Terima kasih suami dan Memey kerana tak pernah campur urusan yang tertangguh ini.

Berani ke suami dan Memeyy nak masuk campur? (tanya dengan nada sopan)
Quote silampumeja 5-1-2026 02:43 PM
Edited by silampumeja at 5-1-2026 06:46 AM
talapia replied at 5-1-2026 04:30 AM
bukan ke mas kawin kalau tak setel.. takleh 'bersama'. unless kalau masa akad tu mmg sebut 'hutang'. ...

semua atas persetujuan laki bini kan. hutang ke tunai, kalau laki bini setuju, bila bila pun boleh... bab bersama tu pun tas persetujuan bersama... cuma kalau laki tak bagi lagi pun, wife boleh je taknak bersama dulu... atas persetujuan bersama juga....tapi apa2 pun mahar ni hak mutlak isteri. wajib diberi kpd isteri atas apa yang disetujukan dan diakadkan.

cuma akhirnya tertakluk kepada persetujuan isteri
Quote MsKathryn 5-1-2026 05:33 PM
Lamanya 22 tahun
Quote penmerah 5-1-2026 05:37 PM
Menjadi ye product abby-Norman
Memey pun manis lawa tapi tak perasan anak2 memey-norman cantik or not?
Quote jejai 5-1-2026 06:15 PM
berapa jumlah mas kahwin sampai jota2 ke
Quote Bedak_Carrie 5-1-2026 06:18 PM
Normiang x bagi kongsi sbb malu utk dia kot..
Tapi nek arbaeyah being nek arbaeyah tetap lah nak dunia tahu..... Kihkihkih..

Tapi bab2 gini ai sokong je kita belah pompuan kena tahu hak kita....
Yg ai tak sokong pompuan2 yg memekak2 cerita buruk kat soc med tanpa lalu proses sepatutnya.
Quote primarikey 5-1-2026 06:39 PM
Aku rasa smp ke mati la hidup memey dan norman dihantui abby

Balasan utk suami curang dan penyondol

Abby plak rajin up kt medsos

Tahan malu je la....silap skit kena ungkit

Tak sggp klu aku
Quote TomyamPuteh 5-1-2026 06:45 PM
Halah!setakat kongsi benda tu apa la sangat bg Yebby.Masalah rumahtangga ank dia sendirik pon seantero Malaya dia kongsi.Sharing is caring is Acik Yebby punya motto.Gitcheww.

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.284088 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top