|
MENERIMA teguran tentang sebutan dalam nyanyian, penyanyi Mark Adam memberitahu dia masih lagi berusaha melakukan yang terbaik bagi memperbaiki penguasaannya terhadap lagu-lagu berbahasa Melayu.
Mark atau Fikri Mark Adam Abdullah, 47, mengakui sukar untuk menyebut beberapa perkataan meskipun sudah lebih 20 tahun menetap di Malaysia. Mark berkata, dia juga sentiasa bersikap terbuka apabila barisan juri program Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) memberi teguran tentang cara sebutannya ketika menyanyi di atas pentas. “Saya masih mencuba yang terbaik. Ada perkataan yang masih susah nak sebut sejak dulu lagi,” katanya kepada mStar. Mark ditemui selepas tamat konsert minggu ke-10 GV12 yang berlangsung di Auditorium Dewan Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad. Mengambil serius penglibatannya sebagai peserta, penyanyi itu juga tidak akan mengambil mudah dalam setiap persembahannya kerana sentiasa mahu memberi yang terbaik buat peminat. Namun bagi Mark, ada beberapa faktor yang mungkin menyebabkan dia sukar untuk menghafal lirik dengan sebutan yang betul. “Setiap minggu saya akan ‘study’ lirik lagu yang diberikan. “Tetapi apabila sudah berumur, rasanya susah sikit mahu hafal lirik. Saya perlu hafal dan fikir tentang persembahan selain rasa gementar di atas pentas besar,” ujarnya. "Ada perkataan yang masih susah nak sebut sejak dulu" Pada konsert minggu ke-10, Mark menyampaikan lagu berjudul Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta (nyanyian asal Flybaits) dan berjaya menduduki tempat ketiga. Barisan juri memuji persembahannya pada malam tersebut, namun dia juga menerima teguran tentang sebutan beberapa perkataan yang masih tidak betul. Untuk info, Mark merupakan seorang warganegara Filipina yang juga memegang status sebagai penduduk tetap (PR) di Malaysia. Sementara itu, bercakap tentang penglibatannya dalam GV12, Mark meluahkan rasa terharu kerana mendapat sokongan ramai peminat yang mula menggelarkan diri mereka sebagai The Adam Family. “Melihat sokongan mereka, saya tidak mahu mensia-siakan perkara itu. Insya-Allah akan dapat berada di kedudukan paling atas (juara),” luahnya. Sumber: mStar
|



maharani_gebu replied at 5-1-2026 02:16 PM
alahh, tu si king coco tu, sampai skrg pelat
imransulaiman replied at 5-1-2026 12:24 PM
Yang emak ayah lahir Malaysia, dia pun lahir Malaysia tapi tak reti cakap bahasa melayu tu apa hal?
Incanto replied at 5-1-2026 01:34 PM
wife dia org Sabah
normal lah kalau BM dia bunyi Sabah pinoy

telracs replied at 5-1-2026 11:18 PM
Erkkkk...
Kenapa Johor?
prince_marhaen replied at 5-1-2026 12:25 PM
Duduk 50 tahun pun kalau dah kata bangsa & bahasa ibunda dia bukan bahasa tempatan, of course tak 10 ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-2-2026 07:44 PM GMT+8 , Processed in 1.150190 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.