|
Sering dikecam menempah busana mewah bernilai ratusan ribu ringgit, usahawan Haliza Maysuri menjadi perhatian menempak kain kafan daripada pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman. Menerusi hantaran di Threads, Haliza berkata dia sering dikecam apabila ada netizen mengatakan apabila meninggal dunia kelak hanya kain kafan yang akan dipakai. “Selalu saya tempah busana dunia harga ratusan ribu, selalu dikecam. ‘Mati nanti pakai kain kafan saja’. Hari ini, saya tempah pakaian alam kubur, jenama Rizalman Ibrahim,” tulisnya. Menurutnya lagi, tempahan itu selari dengan gaya pakaiannya di dunia serta keseimbangan antara kehidupan dunia dan akhirat. “Pakaian dunia saya berjenama. Akhirat pun kenalah yang terbaik, dan berjenama. Barulah seimbang dunia dan akhirat. Yang sibuk mengira dosa orang, dah tempah ke kain kapan untuk bawa mati?” tulisnya. Sumber: Rotikaya
|


4cupcakes replied at 5-1-2026 03:30 PM
Xsabar pulak nak tgk dia dgn busana kain kapan mahalnya itew.. xberbau busuk kah? Xmereput kah?

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-2-2026 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.085672 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.