CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nubhan Buat Laporan Polis Selepas Keluarkan Barang Dr Fie

5-1-2026 11:13 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1370| Komen: 17

 



Penyanyi Nubhan membuat laporan polis selepas mengeluarkan barangan milik bekas isterinya, Dr Fie di kediaman didiaminya bersama anak-anak mereka.

Memetik Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata Nubhan dilapor telah membuat laporan pada 29 Disember lalu.

Menurutnya, pada keesokan harinya bekas isterinya pula membuat laporan polis mendakwa Nubhan memindahkan barangannya tanpa izin.

“Polis telah menerima satu laporan yang dibuat oleh penyanyi itu, yang mana dia telah datang ke rumahnya di Taman Lavender Heights untuk mengeluarkan barang-barang milik bekas isterinya bagi dihantar ke rumah bekas mentuanya.

“Kemudian, pada 1 Januari lalu, wanita itu pula telah membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Nubhan yang memindahkan barang-barang kepunyaannya tanpa keizinan,” katanya.

Sementara itu, pihaknya berkata siasatan awal telah dijalankan dan kedua-dua laporan polis tersebut diklasifikasikan sebagai Rujuk Lain Agensi (RLA) dan dirujuk kepada Mahkamah Syariah.

Sumber: Sinar Harian, Rotikaya

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tigerads 5-1-2026 11:30 AM
patutnya nubie ni buat cover report SEBELUM pegi kosongkan rumah tu..bukan selepas tu...
Quote alesandra 5-1-2026 11:37 AM
Bodohnya mangkok ni..
Quote ainonymous 5-1-2026 12:10 PM
dia ni mmg lembap kan. menyampah pulak dkt jantan ni
Quote L.U.S.M 5-1-2026 12:18 PM
Mover tu xpsl2 kena saman jgk nnt sebab brg hilang masa kemas

Sebab tu kena jadi bisnesman bijak...jgn pakai sauk je job...tak pasal2 skrg ni nama syarikat terheret skali
Lainla kalau ko video satu persatu packing tu..which is impossible la klu nak buat
Quote kaseh80 5-1-2026 12:27 PM
Berlagak jantan ni selepas halau ex wife dan anak anak
Semoga mendapat setimpal balasan
Quote prince_marhaen 5-1-2026 12:53 PM
Meols syak kalau tak kena mandrem pun, heols dah syok sangat dekat pompuan jiran kampung yang tua kepam tu... pastu mesti jugak mak heols cucuk2 ni knowing nenek tu mulut bingit kan..
Quote MsIda 5-1-2026 01:15 PM
kaseh80 replied at 5-1-2026 12:27 PM
Berlagak jantan ni selepas halau ex wife dan anak anak
Semoga mendapat setimpal balasan

Aamiin...
Quote nisako 5-1-2026 01:31 PM
habis brg ex wife hilang...........
Quote silampumeja 5-1-2026 02:36 PM
prince_marhaen replied at 5-1-2026 04:53 AM
Meols syak kalau tak kena mandrem pun, heols dah syok sangat dekat pompuan jiran kampung yang tua ke ...

eh dia bercinta dengan anaknya yang lawo tu ke maknya? maknya yang mana pulak jiran kampung ni
Quote prince_marhaen 5-1-2026 02:40 PM
silampumeja replied at 4-1-2026 08:36 PM
eh dia bercinta dengan anaknya yang lawo tu ke maknya? maknya yang mana pulak jiran kampung ni

maknya lah, yang jiran tu yang acik tu yang kata menumpang rumah noobis ni setiap kali dtg KL.. hihihihi

Kuala Lumpur: Wanita yang didakwa sebagai orang ketiga dalam kemelut rumah tangga hingga membawa perceraian penyanyi Nubhan dan isterinya menafikan tuduhan berkenaan.

Sharifah Mastura Syed Sepian, 51, yang juga dikenali sebagai Kak Yang berkata, dia dan Nubhan bersahabat sejak 23 tahun lalu dan turut mengenali rapat Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek.


Quote gaban_spacecop 5-1-2026 02:43 PM
Dia buat report pasal apa? banyak kali dah baca...x faham lg ni huhu
Quote uda 5-1-2026 02:44 PM
L.U.S.M replied at 5-1-2026 12:18 PM
Mover tu xpsl2 kena saman jgk nnt sebab brg hilang masa kemas

Sebab tu kena jadi bisnesman bijak.. ...

Habislah kalau peguam Dr Fie baca ni. Good idea untuk saman movers pulak.
Quote L.U.S.M 5-1-2026 03:13 PM
Edited by L.U.S.M at 5-1-2026 03:21 PM
uda replied at 5-1-2026 02:44 PM
Habislah kalau peguam Dr Fie baca ni. Good idea untuk saman movers pulak.


Mmg la boleh saman
sebab dh level mcm tolong pencuri rompak rumah org dah ni

1. Pindah barang atas arahan pihak ketiga yang bukan pemilik
2. Barang2 yang dipindah terang2 bukan barang orang lelaki, tudung underwear bra(sah2 kat sini bukan barang pemilik)
3.Kes nubhan ni bkn kes marhaen tp kes retis...satu Malaysia tahu smpi masuk news..so apa alasan mover tak tahu..xkan xada buat background check langsung..
Dlm ramai2 yang tolong kemas n angkat kotak2 barang tu xkan xde sorg pun pelik bila barang pindah cuma barang seorang perempuan..barang perabot xpack..barang anak xpack..

Lepas tu letak pulak kat rumah org lain dlm keadaan org rumah tu pun xde..pakai letak kat luar rumah je...logik xlogik mmg terang2 bersekongkol laaaa

Jadi alasan mover nk kata tak tahu ke tak masuk campur ke tak boleh pakai...mmg confirm kena punyalaaaa
Quote MatDeghem 5-1-2026 03:16 PM
saya suspect selepas dia suruh mover keluarkan barang2 isteri, dia tahu itu kesalahan, maka konon nak defend diri, pegi buat polis report.

Agak nya nasihat peguam syariah nya atau mover itu kot.

Ape yang dia tulis dalam polis report eh?

Polis reject and serah case pada mahkamah syariah.


RLA - "Rujuk lain agensi" (RLA) bermaksud kes atau permohonan yang diterima tidak berada di bawah bidang kuasa agensi yang menerima, tetapi perlu diserahkan atau dirujuk kepada agensi kerajaan atau badan lain yang lebih sesuai dan bertanggungjawab untuk mengurusnya, selalunya dengan notis kepada pemohon.





Quote uda 5-1-2026 03:21 PM
L.U.S.M replied at 5-1-2026 03:13 PM
Mmg la boleh saman
sebab dh level mcm tolong pencuri rompak rumah org dah ni

Betul dan setuju. Movers nak sangat dapat job lah ni.
Quote razali778 6-1-2026 02:43 PM
move on sajalah. dah cerai, cukup la. apa nak berdendam lagi. pegi la cari pasangan lain.
Quote kayujaras 6-1-2026 03:09 PM
prince_marhaen: maknya lah, yang jiran tu yang acik tu yang kata menumpang rumah noobis ni setiap kali dtg KL.. hihihihi



sejak 23 tahun lalu bersahabat tu.. nubhan umur berapa masa tu? bukan ke baru 16 tahun?

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.105623 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top