CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hukuman khidmat masyarakat bawah Akta 672: Pesalah buang sampah merata diberikan jaket hijau, bantu pekerja pembersihan di tempat awam

2-1-2026 04:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1266| Komen: 3

 



IPOH: Semua penguat kuasa yang terbabit dalam pelaksanaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) bagi menangani isu pembuangan sampah kecil di tempat awam, sudah diberi pendedahan latihan khusus.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, berkata latihan itu termasuk proses mengambil keterangan untuk pembuktian di mahkamah, selain perkara berkaitan merekod gambar atau video ketika perbuatan membuang sampah berkenaan dilakukan.

Misalnya, beliau berkata, seramai 300 penguat kuasa terbabit yang bertugas ketika sambutan Ambang Tahun Baharu 2026 di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, malam kelmarin, juga sudah menjalani latihan berkenaan.

"Mereka sudah tahu bagaimana mengambil keterangan untuk bukti di mahkamah.\

"Sebenarnya, ramai pun yang mengaku bersalah kerana apabila mereka membuang sampah, gambar dan video sudah direkodkan. Itu semua akan dijadikan bukti sekiranya ada kes pendakwaan di mahkamah.

"Apabila mahkamah sudah menjatuhkan hukuman pula, mereka akan dibawa oleh penguat kuasa ke tempat awam dan diberikan jaket hijau serta menjalani hukuman membantu pekerja pembersihan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program Lawatan Kerja Rasmi Sentuhan Kasih Menteri KPKT ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Bercham, di sini, hari ini

BH hari ini melaporkan seramai 42 individu, termasuk dua kanak-kanak, menjadi kumpulan pertama disiasat mengikut Akta 672 yang memperuntukkan hukuman denda antara RM2,000 hingga RM10,000 dan 12 jam khidmat masyarakat, kerana membuang sampah kecil di tempat awam.

Mereka dikenakan Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) dalam Ops Cegah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) pada sambutan Ambang Tahun Baharu 2026, malam kelmarin.

Mengulas lanjut, Kor Ming memaklumkan bahawa semua 42 individu berkenaan, termasuk 18 warga asing yang disifatkan sebagai 'ulat sampah', ditahan di kawasan Bukit Bintang.

Ahli Parlimen Teluk Intan itu turut menjelaskan bahawa penguat kuasa yang ditugaskan memantau aktiviti 'ulat sampah', memakai pakaian seragam khas.

"Malah pada bulan lalu, saya melancarkan pasukan Peronda Penguat Kuasa SWCorp (Unit Peronda Elit SWCorp) dengan mereka sudah memperoleh 100 unit motosikal.

"Apabila penguat kuasa ini melihat (berlaku aktiviti pembuangan sampah) di mana-mana saja, mereka akan mengambil keterangan, mengeluarkan kompaun serta 'charge' (dakwa) di mahkamah," katanya.

Sumber:- BH


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jejai 2-1-2026 05:01 PM
ramailah pati kena tangkap harapnya dorang la suka buang sampah...yg local pun jangan pilih bulu tangkap semua suruh cuci jamban
Quote FOTHER-MUCKER 2-1-2026 05:10 PM
Masalah Sekarang adalah “ penguat kuasa yang ditugaskan memantau aktiviti 'ulat sampah’ itu sendiri adalah sampah kerana mereka tidak melaksanakan tugas yang di tugaskn sebab itu terjadinya ulat parking, ulat teksi sapu etc.

Buat undang undang baru memang senang di malaysia tetapi nak melaksanakan undang undang itu terlalu sukan kerana adanya sifat yang tidak bertamggungjawab keatas tugas yang diberikan.
Quote Skuau 2-1-2026 11:15 PM
jejai replied at 2-1-2026 05:01 PM
ramailah pati kena tangkap harapnya dorang la suka buang sampah...yg local pun jangan pilih bulu tan ...

warga asing ikut undang2 negara mereka.Rakyat Msia jer yg 'KENA' kang..tak caya tanya abg belon....

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.121129 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top