CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tengku Natasya Puteri dikurnia gelaran Tengku Puan Bendahara

2-1-2026 04:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2089| Komen: 13

 



PETALING JAYA – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan gelaran Tengku Puan Bendahara kepada Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan.

Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya, menerusi satu pengisytiharan memaklumkan gelaran itu berkuat kuasa hari ini.

Tengku Natasya Puteri adalah isteri kepada Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pasangan diraja itu telah diijabkabulkan pada 24 Oktober 2024.

Sementara itu, Majlis Kesultanan Pahang (MKP) dengan penuh hormat dan takzimnya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pengurniaan gelaran Tengku Puan Bendahara kepada Tengku Natasya Puteri.

“Patik pacal-pacal sekalian mendoakan kurniaan gelaran tersebut memberi kebaikan buat Tengku Puan Bendahara sebagai pendamping setia untuk memberi semangat, sokongan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada Tengku Arif Bendahara,” katanya.

MKP juga mendoakan Tengku Puan Bendahara dikurniakan kebahagiaan, rahmat serta perlindungan dari Allah dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab sebagai keluarga Diraja Pahang yang sentiasa menjunjung tinggi adat, warisan serta nilai murni Kesultanan Melayu Pahang.

“Patik pacal-pacal sekalian juga berdoa semoga segala usaha dan pengorbanan Tengku Puan Bendahara sentiasa diberkati Allah, serta dikurniakan kesejahteraan berpanjangan, kebahagiaan rumah tangga dan kehidupan yang dirahmati di dunia dan di akhirat,” ujarnya.  

Sumber:-KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 3-1-2026 12:54 PM
Ini putera yang nakal ke? Yang tak reti duduk diam... Hahaha!
Ke yang kembar Puteri Jehan?
Quote hokeypokey 4-1-2026 02:32 AM
aik takkan takde orang komen kot..
Quote EriaDoritis 4-1-2026 11:14 AM
imransulaiman replied at 3-1-2026 12:54 PM
Ini putera yang nakal ke? Yang tak reti duduk diam... Hahaha!
Ke yang kembar Puteri Jehan?

Ya yang nakal tu. Yang bawah Tg Hassanal
Quote L.U.S.M 4-1-2026 01:33 PM
Perghhh gitu je dpt title...spoiled brat
Quote asdiv 4-1-2026 03:13 PM
Yo...
Quote EriaDoritis 4-1-2026 04:11 PM
Edited by EriaDoritis at 4-1-2026 04:13 PM
L.U.S.M replied at 4-1-2026 01:33 PM
Perghhh gitu je dpt title...spoiled brat


Iols baca kat tiktok rupanya ada yang tak suka perkahwinan dengan konoha

Siap berdoa yang bukan²
Quote AkokKocik 4-1-2026 10:25 PM
Keluarga diraja british ada tugas masing2 wpun kerabat diraja, sbb tu diorg dpt elaun berjuta2...aku baca somewhere, tp kat mesia ni kluarga diraja dari 9 negeri tu, ada ke yg working royal?...tanya dgn nada rendah.
Quote beautifulorchid 5-1-2026 07:22 AM
mampu tersenyum sajorkkk


AkokKocik: Keluarga diraja british ada tugas masing2 wpun kerabat diraja, sbb tu diorg dpt elaun berjuta2...aku baca somewhere, tp kat mesia ni kluarga diraja da ...


Quote vender 5-1-2026 08:15 AM
Edited by vender at 5-1-2026 08:18 AM

Tuah dia la dapat kawen anak sultan..acik2 semua dengki ke?

Tp before kawen dia kerja apa? Kotla ada karier kejar anak raja..
Quote Kitty_catz 5-1-2026 08:25 AM
bukan pak dia ni ka dlm radar espiarem
Quote babelina 5-1-2026 09:36 AM
EriaDoritis replied at 4-1-2026 04:11 PM
Iols baca kat tiktok rupanya ada yang tak suka perkahwinan dengan konoha

Siap berdoa yang bukan² ...

ye.. i ols tertgk gak hrtu.. dia mcm ke arah ckp yg bkn2 pasal wedding kt sebelah konoha tu..
berani btl org nya buat tiktok camtu..
Quote Burong_Hantuk 5-1-2026 09:06 PM
Tahniah....
Quote LadyCarefree 12-2-2026 10:54 PM
Finally dapat real title tengku.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.455681 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top