CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Negeri Sembilan ‘diserbu’ musim cuti

2-1-2026 04:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 418| Komen: 2

 


SEREMBAN – Cuti sekolah serta sambutan Ta­hun Baharu 2026 menyaksikan beberapa lokasi rekreasi dan pelancongan di Ne­geri Sembilan menjadi tumpuan pengunjung.

Tinjauan mendapa­ti, pengunjung meluangkan masa bersama keluarga selain menikmati tarikan berkonsepkan hiburan dan rekreasi dalaman yang se­suai untuk semua peringkat umur.

Bagi seorang operator Khairi Mis­wan, 44, dari Seremban 2, per­cutian ringkas bersama anak dimanfaatkan sepenuhnya sempena cuti sekolah dan sambutan tahun baharu.

“Ini kali pertama kami datang ke SnowLim Wonderland. Suasa­nanya menarik dan berbeza, se­suai untuk bawa anak berjalan-jalan ketika cuti sekolah,” kata­nya ketika ditemui di sini kelmarin.

Seorang guru, Saadatul Akmar Mohamad Saad, 43, berkata, kunjungan bersama 10 ahli keluarga memberi pengalaman bermakna kepada keluarganya.

“Kami datang dari Ampang dan abang dari Pulau Pinang turut hadir habiskan ma­sa cuti di lokasi tumpuan di Ne­geri Sembilan. Seperti lokasi pertama kami kunjungi ini iaitu di SnowLim Wonderland tempatnya sangat sejuk dan mena­rik,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mohammad Hafiz Misbun, 38, dari Kuala Lum­pur berkata, kunjungan ke Lo­rong Seni di Pusat Bandar Se­rem­ban memberi pengalaman berbeza kepada keluarganya.



“Pelbagai seni kreatif da­pat dilihat dan ditonjolkan di sini, di samping pelbagai jualan peniaga kecil dapat diperoleh, khususnya di kawasan Ben­teng Walk dan Sungai Ujong Walk.

“Tambahan pula Lorong Seni Pusat Bandar Seremban juga te­lah diiktiraf sebagai Lorong Seni Terpanjang di Malaysia oleh Ma­laysia Book of Records, jadi mem­beri keterujaan kepada ka­mi sekeluarga melalui se­panjang lorong seni ini sambil me­nikmati suasana malam,” katanya.

Pengerusi Ja­wa­tankuasa Bertindak Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian negeri, Nicole Tan Lee Koon berkata, suasana meriah di lokasi tum­puan sepanjang cuti sekolah dan sambutan tahun baharu mencerminkan peningkatan aktiviti pelancongan domestik negeri.

“Setiap daerah di Negeri Sembilan mempunyai keunikan tersendiri. Kehadiran pengunjung dan pelancong luar negeri memberi petanda positif kepada sektor pelancongan, khususnya menjelang Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026,” katanya. 


Sumber:-KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ZORRO5555 2-1-2026 06:17 PM
Boring la tempat ni
Quote ThierryHenry 5-1-2026 11:48 PM
An outstanding blog post. I appreciate your great post. I visited your post and discovered a lot of methods.  tonic water

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.076814 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top