CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bawa anak keliling pangkalan Arsenal, Rita Rudaini sebak - “Akhirnya mommy dapat tunaikan janji pada anak-anak"

2-1-2026 04:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 852| Komen: 2

 



Memenuhi impian, pelakon Rita Rudaini bersyukur dapat menunaikan janji membawa dua anak nya melawat lawatan ke Stadium Emirates yang menjadi pangkalan Arsenal ketika bercuti di London.

Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mohammad Mokhtar berkata hajat menggembirakan Airit Rayyan Rizqin, 17, dan Airit Qaqa Arjuna, 15, dilancarkan berharap pengalaman manis itu menjadikan mereka sebagai insan lebih baik.

“Akhirnya mommy dapat tunaikan janji pada anak-anak untuk stadium tour (lawatan stadium). Dah lama mereka teringin.

“Mommy cakap jadi anak-anak yang baik, insya-Allah Tuhan bantu dan permudahkan setiap keinginan kamu,” katanya dalam hantaran dalam Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Rita turut memuat naik sebuah video yang memaparkan keterujaan puteranya sepanjang kunjungan mereka.

Selain meninjau lawatan di stadium yang menjadi markas utama Arsenal Football Club sejak 2006, mereka juga merakamkan gambar serta video.

“Di sinilah kita, sila nikmati saat ini. Mommy sebak,” ujarnya.

Terdahulu, kedua-dua anak Rita memang meminati sukan bola sepak selain difahamkan meminati pasukan Arsenal atau disebut sebagai skuad The Gunners itu.

Ketika ini, keluarga kecil terbabit sedang menikmati percutian di London, United Kingdom bersempena musim cuti sekolah.

Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna merupakan adalah anak hasil perkahwinannya dengan bekas suami, juga pemain bola sepak, Aidil Zafuan pada 2008. Mereka bercerai pada 2013. 

Sumber:-KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makiting 2-1-2026 04:35 PM
bestnya banyak duit blh jalan-jalan...
kitanyo tak mampu
Quote BoongaKertas 5-1-2026 11:24 AM
despite all the cakap2 blkg, shes indeed a good mother. moga anak2 dia membesar dan jaga dia like she did when they were still young.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.314216 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top