CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki serang ibu bapa dengan pedang diarah jalani pemeriksaan mental

2-1-2026 04:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1609| Komen: 4



IPOH – Lelaki yang didakwa mencederakan ibu bapanya menggunakan pedang samurai dalam kejadian di Bandar Baru Putra, Bercham minggu lalu, diperintah menjalani pemeriksaan psikiatri oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad memerintahkan tertuduh, Muhammad Aiman Suhaimi, 30, dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK), Tanjung Rambutan mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Terdahulu, Muhammad Aiman yang memakai pakaian hospital membuat pengakuan tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas dua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, lelaki itu didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan parah kepada bapanya, Suhaimi Dawi, 58, dan ibu, Shahaliza Ahmad Hashim, 58, dengan menggunakan pedang samurai.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Persiaran Putra, Bandar Baru Putra dalam daerah Kinta pada pukul 6.30 pagi, 26 Disember 2025.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 326 kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, M. Raveenaa memberitahu mahkamah bahawa ibu bapa tertuduh yang cedera dalam kejadian itu, masih dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh. 

Sumber:-KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 2-1-2026 06:53 PM
6.30 pagi, 26 Disember..

soalan iols berbunyi begini:
pertama, sebelum ni heols koje ape?
kedua, mana dapat pedang samurai? katana ke? online shopping eh?
ketiga, motif serangan? 6.30 pagi dah melibas why tho
keempat, hotel? trivago
Quote menjad 2-1-2026 07:16 PM
Halusinasi? Tak  makan ubat lah tuh. Rasa diri sihat jer pastuh menyusahkan mak bapak
Quote arifzain789 3-1-2026 05:33 PM
kalo sakit mungkin boleh dimaafkan...tapi kalo dia ni mmg ada hasrat nak bunuh ibu bapak dia...mmg ke neraka jahanam la dia pi.
Quote BoongaKertas 5-1-2026 11:32 AM
soalan meols: dia mmg sakit atau "sakit buatan" (read: sbb mendadih)?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.063512 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top