CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri, teman lelaki tak mengaku cuba bunuh suami

2-1-2026 04:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1588| Komen: 3

 


JOHOR BAHRU – Seorang suri rumah dan seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas tuduhan cubaan membunuh suami wanita tersebut, Disember lalu.

Tertuduh, N. Egavalli, 46, dan rakan lelakinya, R. Kamala Sarna, 39, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd. Zamir Suhaimee.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh bersama-sama melakukan cubaan membunuh ke atas G. Kumaresan, 48, dengan cara menutup muka dengan menggunakan sebiji bantal yang boleh menyebabkan kematian kepadanya.

Perbuatan itu dilakukan di Jalan EJ 9/6, Taman Ehsan, di sini pada pukul 9.30 malam, 22 Disember lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, R. Nevina manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, K. Bharathi.

Hakim membenarkan jaminan RM20,000 terhadap setiap tertuduh dengan dua penjamin, menyerahkan passport kepada mahkamah, memerintahkan tertuduh melaporkan diri di balai polis berhampiran dan melarang mengganggu mangsa atau saksi pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 3 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu penyerahan dokumen.

Terdahulu, akhbar melaporkan seorang wanita dan teman lelakinya ditahan polis kerana cubaan membunuh suami wanita berkenaan di kediaman keluarga di Taman Ehsan Jaya, di sini, 22 Disember lalu dipercayai berkaitan dengan wang tuntutan insurans.  

Sumber:-KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Purestteam1 2-1-2026 05:15 PM
belia lagi...
Quote tumpanglalu74 3-1-2026 09:38 PM
Karipulek..
Quote BoongaKertas 5-1-2026 11:31 AM
skandal lelaki baru 39 tahun tp dia punya rambut tu, iols ingtkan dah senior citizen....

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.110976 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top