CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

7 beradik miliki IC selepas bertahun hidup tanpa dokumen

2-1-2026 03:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5588| Komen: 40

 



HULU SELANGOR – Tahun 2026 membuka tirai dengan sinar baharu buat tujuh beradik apabila penantian bertahun-tahun mereka untuk memiliki dokumen pengenalan diri akhirnya berakhir.

Penyerahan kad pengenalan daftar lewat itu dilakukan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kepada tujuh beradik berkenaan di Sungai Buaya, sekali gus menamatkan episod panjang kehidupan tanpa identiti rasmi.

Bagi Nur Hakika Ismail, 24, anak keempat daripada tujuh beradik itu berkata, kehidupan mereka sebelum ini penuh kekangan kerana tidak pernah bersekolah dan hidup tanpa sebarang dokumen.

“Sejak kecil kami tak bersekolah. Hidup di kampung saja, tak ada peluang. Orang hina, kata kami tak sekolah, tak ada dokumen lama-lama jadi biasa.

“Ke mana-mana pun rasa takut, sebab tak ada surat beranak, tak ada kad pengenalan. Hidup rasa tak normal, tak macam orang lain,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Tujuh beradik menerima kad pengenalan berkenaan merupakan Ahmad Shahmil Ismail ,30, Muhammad Fazril Ismail (29); Nur Hakimah Ismail (26) Nur Hakikah Ismail (24) Nur Laila Ismail (22) Nur Shakila Ismail (19) dan Zakaria Ismail (17).

Menurutnya, proses mendapatkan dokumen pengenalan diri itu dibantu beberapa pegawai dan sukarelawan yang membantu menguruskan urusan JPN serta memberikan bimbingan.

Ditanya mengenai perancangannya selepas ini, Nur Hakika berkata, dia mahu adiknya berusia 19 tahun mengejar pendidikan walaupun tidak pernah melalui sistem persekolahan formal.

“Saya mahu (adik saya) belajar apa yang patut dia belajar. Walaupun tak pernah sekolah, belum terlambat. Ilmu ada di mana-mana,” ujarnya.

Ketua Pengarah JPN, Datuk Badrul Hisham Alias berkata, kesemua mereka telah menerima kelulusan permohonan Daftar Lewat Sijil Kelahiran pada 8 Dis 2025, diikuti kelulusan Daftar Lewat Kad Pengenalan pada 23 Disember 2025.

Jelasnya, pendaftaran lewat tersebut berpunca daripada perkahwinan ibu bapa yang tidak didaftarkan, sekali gus menjejaskan proses urusan dokumen pengenalan diri anak-anak.

Keadaan menjadi lebih rumit apabila bapa telah meninggal dunia sekitar 2023 yang menyebabkan keperluan untuk mendapatkan sampel Ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) daripada waris terdekat seperti bapa saudara.

“Sebaik maklumat permohonan tersebut sampai kepada JPN, kita meminta keluarga ini hadir ke pejabat JPN dan kita menjalankan semakan melalui Bahagian Kelahiran dan Kematian serta menjalankan siasatan bagi mengesahkan pertalian anak-anak dengan ibu bapa mereka.

“Hasil siasatan termasuk DNA membuktikan pertalian keluarga tersebut. Selain itu, perkahwinan ibu bapa juga telah didaftarkan semula dan disahkan oleh mahkamah, yang merupakan satu keperluan penting dan apabila semua keperluan dipenuhi, sijil kelahiran dapat dikeluarkan dengan taraf warganegara, diikuti pengeluaran kad pengenalan,” ujarnya.

Dalam masa sama, Badrul Hisham menyeru semua warganegara supaya mendaftarkan perkahwinan mengikut undang-undang, kerana proses itu bukan sekadar urusan pentadbiran, sebaliknya menjadi perlindungan asas terhadap hak anak-anak pada masa hadapan. 

Sumber:-KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 2-1-2026 03:52 PM
mcmn boleh sampai tahap ni


tp tak nafi ye, nmpk kemas masing2

Quote ZORRO5555 2-1-2026 03:56 PM
Hari ni dah 2 Kali baca forum psl adik beradik 7 org
Quote asfaz 2-1-2026 03:56 PM
Kemalasan mak bapak jadi punca. Anak sampai 7 org tapi tak pergi daftar perkahwinan. Susah sgt ke? Kesian anak2 hilang peluang menimba ilmu.
Quote prince_marhaen 2-1-2026 04:37 PM
dulu meols keja pejabat lawyer paling menyampah kes macam ni ye, kalau setakat sorang dua anak daftar lewat / baru nak daftar kawin, kira okey dah...ni sampai anak pun dah merenyut macam arnab, pastu anak yang dah dewasa nak kahwin, barulah terhegeh nak mohon daftar perkahwinan, ada yang kena bubar sebab nikah tak sah, anak taraf luar nikah, ada yang kawin kat Siam tak pernah daftar sini... kadang kesian tengok anak turun nak pejabat itu ini nak settlekan benda ni sampai ada yang takjadi kahwin ye sebab leceh nak urus satu-satu...mak pak dah syok beromen kongkek beranak banyak2...tersengih2 kata tak tau prosedur, tak pandai, tak sekolah, buat muka tak bersalah.... gerammmm ye!!
Quote Purestteam1 2-1-2026 05:13 PM
mak bapak pandai kawin je
Quote shamsadis 2-1-2026 05:15 PM
nak tengok gambar mak ayah mereka
Quote PULANGKAN 2-1-2026 06:08 PM

tu la, masing2 ada warna sendiri. macam power rangers pulak. biru je ada 2
Quote mejaputih 2-1-2026 06:30 PM
dorg homeschool ke?
Quote honeybee1802 2-1-2026 06:59 PM
Eww..so sijil nikah apa mak paknya plak mcm mana tu sampai 7 org anak bermasalah mcm ni?surat beranak mcm mana plak tu ye?
Quote Suchi 2-1-2026 07:07 PM
Kenapa dorang pakai baju raya?
Tapi sian plak bila dengar tak sekolah.
Patutnya bila yg sulong tu lahir dan takleh nak daftarkan kat JPN utk buat surat beranak bagai mestilah JPN bitau sbb takda surat nikah jadi apa je yg mak pak dia buat?
Takpelaa balik umah pastu sambung buat ank baru ke?
Quote Minami2013 2-1-2026 07:44 PM
Elok muka masing2... Kesian anak2 tak sekolah.
Quote Skuau 2-1-2026 08:00 PM
Semoga/berharap bukan kes 'bapak gue Malaysia...mak gue indon'.
Quote pearl.silver 2-1-2026 09:56 PM
So mak diorg indon pati eh. Sbb tu bapak eh xpernah rasa perlu daftar nikah.
Quote TOPwind 2-1-2026 10:16 PM
Edited by TOPwind at 2-1-2026 10:17 PM

nak komen takut dosa besar

tapi rasaNya yg pompuan pasti

cepat dapat Jodoh dan cepat ada anak

ikut perangai (kelakuan atau cara ) makpak,
Quote dua_chzy 2-1-2026 11:09 PM
Bodohnya mak dan aruah pak.
Quote ifanonline 3-1-2026 12:48 AM
mak pak mereka ambil mudah...mak pak melayu malaysia ke?
Quote hart_attack 3-1-2026 01:29 AM
Biasanya org asli susah nk buat ic,ni org bandar pun susah nk buat ic. Tp hulu ni luar bandar gak ke apa pun puncanya ibu bapa x dftarkan perkahwinan
Quote DARSITA 3-1-2026 02:44 AM

Tak silap kisah dia orang ni pernah keluar dlm forum CARI. Seingat aii mak dia orang ni orang Indonesia.  
Quote prettyuglybabe 3-1-2026 02:48 AM
Skuau replied at 2-1-2026 08:00 PM
Semoga/berharap bukan kes 'bapak gue Malaysia...mak gue indon'.

tengok muka pun nampak pekat leluhur indon..
lagi-lagi yang jantan..

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.178043 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top