CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Mahkamah Bagi Kebenaran Tengok Anak, Kenapa Tak Datang? Telefon Pun Tidak” - Rita Rudaini

2-1-2026 12:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7967| Komen: 146

 



Pelakon Rita Rudaini dilihat tampil menyenaraikan perkara yang didakwa telah diabaikan dan tidak pernah ditanggung oleh bekas suaminya, Aidil Zafuan.

Menerusi perkongsian di Threads, difahamkan Rita meninggalkan komen berkenaan susulan dakwaan seorang netizen yang mendakwa Aidil tidak pernah menculas membayar nafkah.

 

“Arwah tu dengan kawan dia atau orang yang tak kenal dia, bolehlah dia kencing lencun…minta beritahu dia tak pernah tanggung tadila, sekolah, insurans, perubatan sakit demam, baju raya, duit belanja raya dan tempat tinggal anak-anak,” tulisnya.

Sementara itu, Rita turut mendakwa Aidil tidak pernah datang menjenguk anak-anak mereka termasuk tidak pernah menghubungi mereka.

“Bercerita saya tak bagi jumpa anak bagai, masa kecil-kecil mahkamah bagi kebenaran seminggu sekali datang tengok anak kenapa tak datang? Telefon pun tidak. Banyak nak cerita cuma arwah jangan nafikan,” katanya.

Sumber: Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dewi_rina 2-1-2026 01:56 PM
Tahun baru 2026 kita mulakan dgn royan apa harini
Quote Samerosie 2-1-2026 02:35 PM
Dia lupa ek ex dia minta lawatan bermalam kat mahkamah kan dia bantah masa budak2 kecik lagi.  Anak2 dia nanti boleh je google sendiri.  
Quote sangkaya 2-1-2026 02:36 PM
Kalau still tak puas hati semua bnde tak kena..anak pun dah besar..
Quote ekselen 2-1-2026 03:27 PM
Edited by ekselen at 2-1-2026 03:31 PM

diam2 je boleh tak? berbuuuuunyik je kau ni... cuba2 lah bawak muhasabah diri.. dah masuk fasa rentua kot..  dr laaaa zaman pas bercerai sampai skrg ni tak habis2 dok masuk berita kau kt medsos dan bunyiknya sama je..  patutnya kau tu boleh je cuba berbaik2 ngan ex laki.. utk mudahkan urusan kau dan anak kau.. bkn dok memekak tak abih2 dok menyalahkan org tu ni... kalau memekak pun skrip yg sama je lah setiap masa.. takde berubah apa pun kan.. cuba skrip kau mcm ni.. kami cuba berubah utk kebaikan anak2.. mana tau hidup kau akan lg tenteram bkn tantrum.. cuba kau ubah skrip tu dulu..
Quote asfaz 2-1-2026 03:35 PM
La.. kau sendiri kata "arwah"
Arwah ni org dah meninggal,kenapa kau bising2 kat "arwah"?
Quote asfaz 2-1-2026 03:36 PM
Samerosie replied at 2-1-2026 02:35 PM
Dia lupa ek ex dia minta lawatan bermalam kat mahkamah kan dia bantah masa budak2 kecik lagi.  Anak2 ...

Igt lagi Aidil kata anaknya berapa irg termasuk anak dgn royani. Wargghhh kemain merentan2 royani masa tu. Ckp pasal anak salah tak cakap pasal anak pun salah.
Quote tukul 2-1-2026 03:58 PM
Rita ni tanamkan dlm minda anak2 dia tak yg bapak dia orang ni tak guna eh...
Quote makiting 2-1-2026 04:33 PM
dia tunaikan janji anak di p stadium Emirates

Quote Samerosie 2-1-2026 04:35 PM
asfaz replied at 2-1-2026 03:36 PM
Igt lagi Aidil kata anaknya berapa irg termasuk anak dgn royani. Wargghhh kemain merentan2 royani  ...

Yg ni kan... Masa ni aidil ckp dia tak culas boleh tunjuk resit and declare anak 2 org tu kat lhdn.  Dan dan pomouan sewel kata dia x ckp ex tak bg nafkah lepas tu ckp kenapa claim bawah lhdn. Pomouan ni sewel kut.  Tiap 3-5 bulan sekali meroyan bila org tu menjawab dia kata dia x ckp pulak.

1000089820.jpg
1000089828.jpg
Quote Samerosie 2-1-2026 04:36 PM
Samerosie replied at 2-1-2026 04:35 PM
Yg ni kan... Masa ni aidil ckp dia tak culas boleh tunjuk resit and declare anak 2 org tu kat lhdn ...

Iols rasa dia buat gini nak attention arwah tu... Dia still shiok dgn 'arwah'.
Quote kucingitam 2-1-2026 04:38 PM
apa aje la yg dia bitter sgt sbnrnya.. respect kak engku senyap2 je takde buka kisah ex laki tak bayar nafkah. anak2 dah habis belajar semua baru tuntut itu pun sbb anak2 yg suruh..
Quote asfaz 2-1-2026 04:48 PM
Edited by asfaz at 2-1-2026 04:50 PM
Samerosie replied at 2-1-2026 04:35 PM
Yg ni kan... Masa ni aidil ckp dia tak culas boleh tunjuk resit and declare anak 2 org tu kat lhdn ...


Bukan yg ni,masa tu aidil dpt anak  dgn zareema dia ckp anaknya dah 3@4 org.  ai lupa dah yg ni.
Merentan ooooo royani
Quote Samerosie 2-1-2026 04:56 PM
asfaz replied at 2-1-2026 04:48 PM
Bukan yg ni,masa tu aidil dpt anak  dgn zareema dia ckp anaknya dah 3@4 org.  ai lupa dah yg ni.
M ...

Haish pwrwmpuan ni entahla x malu ke.  Takan sampai umur 70 nak mcm ni.  Nanti org bukan saja takut nk dekat dia, mak bapak budak perempuan pun x nak kasi anak kawan dgn anak dia nanti.  Mereput la anak2 dia bujang sampai tua.
Quote vender 2-1-2026 05:03 PM
Kalau dia senyap2 je buat perangai elok2 for sure skrg dah jadi taitai dpt tangkap prominent sorang. Airit and qaqa pun dpt pak tiri kaya..
Quote Purestteam1 2-1-2026 05:26 PM
ubatnya 1 je... dpt benda tu senyap la sebab dah lama x usik... bincang baik2 la
Quote ZORRO5555 2-1-2026 05:59 PM
Boring la
Quote tukul 2-1-2026 06:03 PM
vender replied at 2-1-2026 05:03 PM
Kalau dia senyap2 je buat perangai elok2 for sure skrg dah jadi taitai dpt tangkap prominent sorang. ...

Aaa sbb dia ni kategori retis cantik tp tu la... perangai rempit no.syatu
Quote noor2 2-1-2026 07:56 PM
Hensem anak2 dia..tp aku yakin anak2 dia mmg bencikan bapak mereka
Quote Bedak_Carrie 2-1-2026 07:59 PM
Rasanya mulut pandai diam gak sebelum ni...
Tapi lately nek rude semakin vocal bab2 gini...
Emphmm kembali lagi dlm edisi terkini.

Lihat semua komen(146)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.253239 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top