|
Pelakon Mia Nasir berkata dia tidak akan sesekali menjadi isteri kedua dan lebih selesa memilih lelaki bujang berstatus biasa.
Memetik mStar Online, pelakon berusia 34 tahun itu berkata lebih baik menjadi isteri pertama serta mempersoalkan mengapa perlu mengambil suami orang. “Tak pernah ditawarkan (menjadi isteri kedua). Itu adalah benda yang saya tak mahu. Ramai lagi lelaki muda yang belum berkahwin. “Kenapa kena ambil suami orang? Daripada nak layan anak orang dan isteri pertama, lebih baik saya pilih jadi isteri pertama. Nak jadi permaisuri. “Kalau tak ada duit sekalipun kita boleh usaha cari sama-sama, bina sama-sama. Kalau awak bekerja di restoran makanan segera sekalipun tak apa. Sekurangnya dia bekerja ada duit yang halal dan berusaha kerja keras untuk kami,” kataya. Sementara itu, Mia berkata dia lebih rela membujang jika ada suami orang yang cuba mendekatinya. Tambahnya, kewujudan penyondol tidak akan berlaku jika tiada pihak yang memberi ruang. “Saya rela membujang daripada jadi isteri kedua atau berkongsi dengan sesiapa. Suami orang bye bye. “Saya memang tak akan layan. Benda ni jadi sebab salah seorang melayan. Kalau lelaki itu cuba tapi tak layan memang takkan jadi,” katanya. Sumber: mStar Online, Rotikaya
|
prince_marhaen: Makin ke bawah, makin petak muka adik beradik Anzalna ye...
BoongaKertas replied at 5-1-2026 11:37 AM
oh kira sheols anak kedua lah kan? ingtkan sheols kakak kpd anzalna.
Missjass replied at 5-1-2026 07:03 AM
sheols anak ketiga, anzalna no 2 sulung diana mak the angguns tu
hokeypokey replied at 5-1-2026 03:18 PM
kesiannye.. fastfood crew pun tanak kt ngko.. sedihhh
dua_chzy replied at 5-1-2026 02:33 PM
Bila gamba dah filter, auto putih, muda dan lawa.
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-2-2026 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.522092 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.