CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Pada Yang Komen Terlalu Kesat, Pastikan Tak Tinggal Solat 5 Waktu” - Aprena Manrose

2-1-2026 12:30 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 472| Komen: 4

 



Susulan penampilannya yang kini tidak lagi berhijab, pelakon Aprena Manrose dalam satu kenyataan berkata dirinya seorang manusia yang tidak terlepas daripada kesilapan.

Menerusi satu hantaran di Insta Story, Aprena berkata dia mengakui menutup aurat adalah wajib dalam Islam dan tidak akan membela dirinya.

 


“Iya, saya pun manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesalahan. Saya tak baik, saya pendosa dan banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki.

“Tapi saya tak akan berhenti menuntut ilmu dan sebarkan hal-hal agama walaupun saya tidak mampu menutup aurat dengan sempurna. Nak tunggu sempurna baru hendak buat kebaikan, memang sampai matilah saya hanyut.

“Saya percaya semua orang ada kesusahan masing-masing dan cara tersendiri untuk atasi masalah. Saya pernah cakap, yang baik sila ikut, yang tak baik jangan sesekali ikut. Saya tidak akan membela diri kerana benar, tutup aurat adalah wajib,” tulisnya.

Sementara itu, Aprena turut menasihati mereka diluar sana yang meninggalkan komen keterlaluan serta tidak bercakap buruk tentang orang lain. Tambah Aprena lagi, dia turut memaafkan netizen serta tidak menyalahkan mereka.

“Pada yang komen bahasa terlalu kesat itu, siasat diri sendiri dulu okay? Pastikan korang tak tinggal solat lima waktu. Saya maafkan korang semua. Saya tahu korang hanya bercakap apa yang korang nampak jadi saya tak salahkan,” tulisnya.

Sumber: Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jejai 2-1-2026 05:04 PM
ikut awak lah
Quote dudaberhias 2-1-2026 05:08 PM
Bukan ke buka tudung akan membuatkan kita lagi dekat kepada tuhan. Kata anak nora ariffin harituh From TV Alhijrah to Animal Planet
Quote sharlenetexas 2-1-2026 05:11 PM
Diam2 je lah sis


Quote sharlenetexas 2-1-2026 05:11 PM
dudaberhias replied at 2-1-2026 05:08 PM
Bukan ke buka tudung akan membuatkan kita lagi dekat kepada tuhan. Kata anak nora ariffin harituh  ...

Lepas tu jadi chucky


Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.275570 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top