|
Pelakon Uqasha Senrose berkata dia mahu mencipta bahagia bersama anak tunggalnya, Harwa Uqaira sempena tahun 2026.
Menerusi perkongsian di Threads, Uqasha berkata masih belum terlambat untuk memulakan hidup baru serta mendoakan agar segala urusan dipermudahkan. “Kepada Uqaira, mari kita mulakan perjalanan 2026 bersama-sama. Kita corakkan muka surat kosong dengan mencipta bahagia. Belum terlambat lagi untuk memulakan semuanya semula. “Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua di depan hari. Jangan toleh ke belakang,” tulisnya. Sementara itu, Uqasha melihat apa yang berlaku adalah untuk mengajarnya erti kehidupan serta menjadikan seseorang itu lebih kuat. “Anggaplah apa yang terjadi menjadi kenangan untuk mengajar kita erti sebenar kehidupan. Terima kasih untuk kenangan terutama pada 2024 dan 2025. Pahit, manis, sedih dan marah adalah rasa yang Allah bagi untuk kita menjadi orang yang lebih kuat,” katanya. Sumber: Rotikaya
|
vender replied at 2-1-2026 06:43 PM
Ada iras adik dia yg melancong kat italy tu..sape ntah nama dia
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-2-2026 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.312111 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.