|
Gombak: "Dia pernah membahagiakan saya dan kami pun pernah hidup bahagia sebagai suami isteri. Jadi selepas bercerai, saya tak nak ingat kenangan pahit kerana lebih baik buang yang keruh, ambil yang jernih," kata Abby Nur Suliana Darmawan atau mesra disapa Abby.
Abby, 33, yang kini menetap di Kampung Nakhoda di sini, pernah berumah tangga pada 2017, namun jodohnya tidak panjang kerana bertahan selama tujuh tahun saja selepas sepakat berpisah awal tahun lalu. Meskipun begitu, Abby masih bersahabat dengan bekas suaminya dan ikatan persahabatan itu terjalin bukan semata-mata kerana anak berumur empat dan lapan tahun hasil perkahwinan mereka sebelum ini. Sebaliknya, Abby dan bekas suami boleh berbaik kerana tiada konflik besar yang menjadi penyebab mereka bermasam muka jauh sekali menyimpan dendam terhadap satu sama lain. "Sehari sebelum berpisah, kami duduk bersama untuk berbincang dan suami kata keputusannya muktamad untuk berpisah. "Kami sepakat cuma ada berjanji dengan satu sama lain untuk tidak bergaduh kerana walau macam mana pun, kena berjumpa dan bersama dalam uruskan hal anak yang masih kecil. "Selepas berpisah, kami berhubung seperti biasa dan masih boleh berbincang. Ikutkan sakit hati pun tak ada, jadi itu sebabnya boleh buka hati terima bekas suami sebagai kawan cuma tak sangka akan jadi rapat," katanya. Menurut Abby, keakraban itu juga yang membuatkan bekas suaminya selesa dan tidak berselindung untuk berkongsi hal peribadi dengannya. "Rapatnya kami sampai kalau nak kenal dengan orang (wanita) lain, dia akan cerita dan jika ada (lelaki) nak berkawan dengan saya pun, mesti kenal dengan bekas suami. "Saya boleh terima bekas suami sebagai kawan rapat sebab kami 'sekepala', dia pendengar yang baik dan suka beri pendapat cuma kami berpisah sebab tiada jodoh. Lagipun waktu bersama dulu, kami banyak pendam dan tak ada isu bercerai sebab adanya orang ketiga. "Selepas bercerai, saya tinggal di Ipoh selama setahun dan walaupun rapat, kami tahu batas jadi tak pernah keluar berdua kerana akan ada anak bersama. "Hubungan saya dengan mentua pun baik kerana mereka selama-lamanya mentua saya dan saya tetap anak mereka," katanya. Lantaran hubungan rapat itu, Abby mengakui ada ahli keluarga yang mahu melihat dia dan bekas suami kembali menjadi suami isteri. "Sebelah keluarga saya tak paksa tapi di sebelah sana (keluarga bekas suami) ada bertanya sama ada kami mahu rujuk semula. "Buat masa ini, kami selesa berkawan kerana selepas berpisah, masing-masing sibuk dengan hobi masing-masing, dia dengan memancing, saya pula mendaki. "Bagi saya, kami lebih sesuai jadi kawan baik kerana pernah bincang soal rujuk semula tapi akhirnya gaduh. Jadi tak nampak lagi hubungan kami ke arah itu kerana persahabatan itu lebih indah," katanya. Abby berkata, apa yang penting untuknya dan bekas suami adalah melaksanakan tanggungjawab bersama untuk membesarkan anak mereka. "Saya nak yang terbaik, bukan untuk orang lain tapi persahabatan dengan bekas suami ini pun beri manfaat buat anak. "Saya tak nak putuskan hubungan persahabatan dengan bekas suami apatah lagi pisahka anak dengan bapa mereka. "Kalau boleh, saya nak bersahabat juga dengan bakal isteri bekas suami dan walaupun ada mengatakan selepas cerai akan bergaduh, kami pula sebaliknya kerana ditakdirkan berkawan," katanya. Sumber : Harian Metro
|

prince_marhaen replied at 2-1-2026 09:56 AM
"...kami tahu batas jadi tak pernah keluar berdua kerana akan ada anak bersama.."
ehehehehehehehehe ...
batmana replied at 2-1-2026 11:14 AM
so cerai sebab apa? psl bini mendaki, laki memancing ka?
kata takde konflik besar..abis cerai bera ...
chandrahusin replied at 2-1-2026 11:31 AM
org skrg kawin jd laki bini panas je
bila dh cerai tiba2 boleh jd kawan
pdhal dh cerai dh bkn mahram ...
copy_paste replied at 1-1-2026 05:21 PM
kalau dah xsuami isteri tu yg lg sedap hehehehe,

prince_marhaen replied at 2-1-2026 03:03 PM
khensss.... boleh FWB.. no commitment, asal jangan preggy sudah lahh...kalau preggy mesti coverlin ...
copy_paste replied at 1-1-2026 09:18 PM
realiti mmg ade kes cmni,dah cerai tp still duk bersama, masing2 bebas pasang skandel

prince_marhaen replied at 2-1-2026 09:56 AM
"...kami tahu batas jadi tak pernah keluar berdua kerana akan ada anak bersama.."
ehehehehehehehehe ...

anarina replied at 1-1-2026 10:07 PM
Kezen u ada mcm ni, dh cerai tp blk kg sama2, sebilik sama2, ujung terbongkar ms kezen i koma, dah ...



ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.048031 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.