CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menantu Vincent Tan, Tan Tee Ming dilantik sebagai CEO baharu Berjaya Assets

2-1-2026 08:47 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1320| Komen: 3

 



KUALA LUMPUR: Berjaya Assets Bhd melantik Tan Tee Ming, 49, menantu pemegang saham utamanya, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, berkuat kuasa 1 Januari 2026.

Firma tersebut melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, Tee Ming, yang memegang kepentingan tidak langsung sebanyak 1.09 juta saham biasa dalam Berjaya Assets, juga merupakan abang ipar kepada Pengarah Eksekutif syarikat itu, Chryseis Tan Sheik Ling.

Tee Ming memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pengurusan Perniagaan dari King's College London dan telah memegang pelbagai jawatan di beberapa bank swasta di Malaysia dan Singapura, dengan pengalaman lebih 16 tahun dalam pengurusan kekayaan individu yang bernilai tinggi.

Katanya, Tee Ming dilantik sebagai Pengurus Besar Kanan bahagian jualan dan pemasaran hartanah Berjaya Land Bhd pada 18 Mac 2017, dan kemudiannya dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Berjaya Land pada 1 April 2022. 

Beliau meletak jawatan sebagai Pengarah Eksekutif Berjaya Land menjelang 31 Disember 2025.

Pada 5 petang semalam, Berjaya Assets ditutup tidak berubah pada 30 sen, dengan 161,500 saham diniagakan serta permodalan pasaran sebanyak RM767.48 juta.

Sementara itu, dalam makluman berasingan kepada Bursa Malaysia, Berjaya Corporation Bhd berkata Pengarah Eksekutifnya, Norlela Baharudin, 62 telah meletak jawatan hari ini untuk mengejar kepentingan peribadinya.

-BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SalenaGomez 2-1-2026 12:56 PM
Oosssss… so suami Chryseis x dpt ke apa2 jawatan?
Quote jejai 2-1-2026 05:27 PM
SalenaGomez: Oosssss… so suami Chryseis x dpt ke apa2 jawatan?


siapa

Quote sharlenetexas 2-1-2026 07:53 PM
jejai replied at 2-1-2026 05:27 PM
siapa

Dia tu


Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.054914 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top