CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Saya pun manusia biasa, pendosa, banyak perlu diperbaiki’ - Aprena Manrose

1-1-2026 01:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 691| Komen: 7

 


Bertalu-talu dikecam susulan tidak lagi bertudung ketika menjalani penggambaran sebuah drama baru-baru ini, pelakon Aprena Manrose menegaskan dia hanyalah seorang manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

Menurut Aprena atau Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 35, meski tidak bertudung, dia akan terus mengisi dirinya dengan ilmu agama dan menyebarkan kepada orang ramai.

“Saya pun manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesalahan, pendosa dan banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki.

“Namun, saya tidak akan berhenti menuntut ilmu serta sebarkan tentang hal agama walaupun tak mampu menutup aurat dengan sempurna.

“Nak tunggu sempurna baru nak buat kebaikan memang sampai matilah saya hanyut,” katanya dalam InstaStory.

Ujarnya, setiap manusia pasti bergelut dan mempunyai cara tersendiri untuk menyelesaikan setiap masalah yang dilalui dalam hidup termasuk dirinya sendiri.


“Saya pernah cakap, yang baik sila ikut, yang tak elok jangan sesekali ikut dan tidak akan membela diri kerana benar, menutup aurat adalah wajib.

“Alhamdulillah ramai yang mesej beri kata-kata positif. Saya hargai dan sebak, semoga kebaikan berbalik kepada kalian.

“Kepada yang memberi komen bahasa terlalu kesat itu, siasat diri dulu okey. Pastikan tidak tinggal solat lima waktu,” katanya lagi.

Tambahnya, dia memaafkan setiap individu yang melemparkan komen negatif terhadapnya sebelum ini.

“Saya tahu kalian hanya bercakap daripada apa yang kalian nampak, jadi saya tak salahkan pun. Tidak mahu mendoakan pun tak apa, jaga saja keluarga masing-masing.

“Saya hanya perlu jaga keluarga dan orang yang sayang saya. Sama juga peminat yang masih menyokong, hanya Allah SWT saja yang akan membalas kebaikan kalian, terima kasih,” ujarnya.

Dalam pada itu, dia juga sempat memohon kepada orang ramai agar berhenti melemparkan kecaman kepada sepupunya yang juga pelakon, Uqasha Senrose mengenai kemelut rumah tangga dilalui ketika ini.

“Saya harap masuk tahun baharu ini, kalian semua berhentilah sebarkan keburukan tentang Uqasha, suaminya, Kamal Adli dan anak buah saya yang comel itu, Hawra Uqaira.

“Jaga percakapan kita dan doa yang baik baik sahaja. Kita kan ada keluarga serta rumah tangga, nanti takut berbalik pada diri sendiri.

“Terakhir, semoga tahun baru ini akan menjadi tahun yang lebih baik Allah memberi berita gembira dan rezeki yang tidak pernah putus, pengakhiran yang baik untuk semua,” ujarnya.

Terdahulu, penampilan Aprena mencuri perhatian apabila dilihat tidak memakai tudung ketika menjalani penggambaran drama Nur Untuk Ariff yang turut dibintangi Nazim Othman.

Sumber:  – KOSMO! ONLINE

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 1-1-2026 04:11 PM
Cantiknya tudung hijau
Quote Sunshine9202 1-1-2026 08:30 PM
Moga dipermudahkan urusan. Iman ni turun naik
Quote babelina 2-1-2026 10:06 AM
klau kecewa ko g la potong rambut.. mcm lega ko rasa.. sampai skrg klau aku sakit teruk.. demam lama.. tu la yg aku buat.. moga segalanya bertambah baik bg kita semua.. amin yra..
Quote adelea 2-1-2026 02:18 PM
babelina replied at 2-1-2026 10:06 AM
klau kecewa ko g la potong rambut.. mcm lega ko rasa.. sampai skrg klau aku sakit teruk.. demam lama ...

Betul aku pon buat jugak ..
macsm ada satu beban dah lepas
Quote emera 2-1-2026 02:40 PM
Ingatkan anak dara si alepsokri.
Quote babelina 2-1-2026 02:50 PM
adelea replied at 2-1-2026 02:18 PM
Betul aku pon buat jugak ..
macsm ada satu beban dah lepas

knnnn.. hi 5!!! mmg tu la yg aku rsa.. satu beban mcm dh lepas.. legaaaaaaaaaaa...
Quote ZORRO5555 2-1-2026 07:04 PM
Mana ada manusia yg x pernah buat dosa????

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.077199 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top