CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Minah Saleh Bongkar 'Kenyataan' Tinggal Di Malaysia - "Saya hampir tidak kenal diri saya..."

31-12-2025 06:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2386| Komen: 19

 



Tak dinafikan, Malaysia kini semakin mendapat perhatian dunia. Bukan sahaja sebagai destinasi pelancongan yang indah dengan kepelbagaian budaya, makanan unik serta masyarakat yang mesra.

Malah, negara ini juga semakin menjadi pilihan warga asing untuk bekerja, melanjutkan pelajaran dan membina kehidupan baharu.

Bagi sebahagian daripada mereka, Malaysia bukan sekadar tempat persinggahan sementara. Sebaliknya, berubah menjadi 'rumah kedua' yang memberikan rasa tenang serta peluang untuk mengenali diri sendiri.

Inilah pengalaman yang dikongsikan oleh seorang pelajar antarabangsa yang kini sudah hampir setahun menetap di Malaysia.

Kisahnya tular menerusi sebuah video di TikTok yang memaparkan 'perjalanannya' sejak pertama kali menjejakkan kaki ke negara ini sehingga ke hari ini.


"Saya hampir tidak kenal diri saya..."
Mana tidaknya, menerusi video yang dikongsikan, jelas bahawa pindah ke Malaysia benar-benar mengubah dirinya.

Jika dahulu wajahnya kelihatan penat, sedikit tertekan dan kurang bersemangat, kini dia tampak jauh lebih ceria, gembira dan 'bersinar'.

Senyumannya kelihatan manis manakala riak wajahnya seolah-olah memaparkan semangat baru yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

"Pada 2 Januari 2026 nanti, genap setahun saya berpindah ke Malaysia. Bila saya tengok semula video lama, saya sendiri hampir tak kenal diri saya yang dulu (tapi dalam cara yang sangat baik).

"Tahun ini banyak mengajar saya tentang siapa diri saya, tentang kesabaran, perubahan dan belajar menerima perjalanan hidup seperti apa adanya. Saya sangat bersyukur untuk setiap pengalaman, setiap pengajaran dan setiap 'versi diri' yang saya lalui sepanjang tempoh ini.

"Terima kasih, Malaysia, untuk fasa hidup yang sangat bermakna ini. Saya tak sabar nak lihat apa yang akan datang selepas ini," tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.

Perkongsian itu nyata menyentuh hati ramai pengguna media sosial. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berkongsi rasa gembira melihat perubahan positif yang dialaminya.

Ramai juga yang memuji wajahnya yang kelihatan lebih berseri dan bahagia sejak berada di Malaysia.

"Kamu nampak lebih bahagia dan makin berseri."

"Kamu nampak lain, tapi dengan cara yang baik. Teruskan ya."

"Nampak sangat berseri. Kadang-kadang pindah ke tempat baru memang bagus untuk kesihatan mental. Semoga kamu terus bahagia dan dilimpahi kasih sayang pada masa akan datang."

Sumber: TikTok @vetta.abroad, Siakap Keli


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airfilterkotor 31-12-2025 08:07 PM
Konten peringkat sampah nasional ke acaner?

Kalau mende cenggini yang disajikan pada khalayak, jangan takajut la jika 10-20 tahun ke depan, IQ oang Msia duduk sama tinggi dengan Konoha.
Quote plywood 31-12-2025 08:22 PM
ada jer yang kata malaysia paling kebelakang berbanding negara asean yang lain dari segi pelancongan...
[youtube]3aysjWauMNY[/youtube]

Quote Sunshine9202 1-1-2026 08:19 PM
Dah blend dgn budaya
Quote gekkou 1-1-2026 08:59 PM
kadang tgk org travel berbulan2
korg ni AL berapa hari setahun ha?

Quote FOTHER-MUCKER 2-1-2026 01:34 AM


4 Months Living in KL: Do We Regret Leaving Singapore?


[youtube]Z620rQkRiew[/youtube]
Quote FOTHER-MUCKER 2-1-2026 02:10 AM



[fbp]https://www.facebook.com/reel/743703424923774/?fs=e&fs=e[/fbp]
Quote Decaffeinated 2-1-2026 08:24 AM
Orang Malaysia tak kira peringkat mmg lapar validation especially dari orang putih. Mungkin itu masalah nasional kot.
Quote prince_marhaen 2-1-2026 08:36 AM
Media sampah masih lagi sembah burit omputih... gitteww
Quote Dwdrum 2-1-2026 08:49 AM
Yang condemn mesti bitter expecting di overseas dapat 1st class treatment...
Quote Gianna111 2-1-2026 09:21 AM
gekkou replied at 1-1-2026 08:59 PM
kadang tgk org travel berbulan2
korg ni AL berapa hari setahun ha?

husband from UK. Annual Leave setahun 28 days....huhuhu.. tu yang bole travel sampai 7 weeks..
Quote Dwdrum 2-1-2026 09:25 AM
Gianna111 replied at 1-1-2026 05:21 PM
husband from UK. Annual Leave setahun 28 days....huhuhu.. tu yang bole travel sampai 7 weeks..

Youngster traveller dari EU and UK banyak guna unemployment benefit...
Quote Gianna111 2-1-2026 09:28 AM
Dwdrum replied at 2-1-2026 09:25 AM
Youngster traveller dari EU and UK banyak guna unemployment benefit...

sedang mencari kerja pun ada allowance.. guna la apa benefits yang ada semasa muda dulu.
Quote BawangCaramel 2-1-2026 10:13 AM
Quote sharlenetexas 2-1-2026 08:09 PM
Edited by sharlenetexas at 2-1-2026 08:11 PM

Kalau rhys tu aku follow medsos dia sbb terliur tengok menu masa dia travel cari kedai makan. Tgk makanan mcm semua best. Asalkan dia tak cari pasal tak cari gaduh dan mulut jangan CELaka. Dan tak payah puji lebih2 sangat.




Quote pearl.silver 2-1-2026 09:53 PM
Tu je lah modalnya..
Quote Minami2013 2-1-2026 10:29 PM
sharlenetexas replied at 2-1-2026 12:09 PM
Kalau rhys tu aku follow medsos dia sbb terliur tengok menu masa dia travel cari kedai makan. Tgk ma ...

Asal nya makan nasi lemak je kan. Rhys tu pandai cakap melayu tp org malaysia sendiri ada yg tak pandai/pelat ckp melayu (lagi memalukan org melayu sendiri).
Quote sharlenetexas 2-1-2026 10:30 PM
Minami2013 replied at 2-1-2026 10:29 PM
Asal nya makan nasi lemak je kan. Rhys tu pandai cakap melayu tp org malaysia sendiri ada yg tak p ...

Tiap kali tgk heshe makan promote kedai auto rasa lapar.

Quote Minami2013 2-1-2026 10:34 PM
sharlenetexas replied at 2-1-2026 02:30 PM
Tiap kali tgk heshe makan promote kedai auto rasa lapar.

Berselera dia makan, kita pun tgk jadi lapar. Balik negara dia baru tgk dia kurus sikit sbb agaknya kat sini byk makan carbs
Quote dua_chzy 2-1-2026 11:07 PM
Rupa pun tiber macam Pakistan kacuk Melayu.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.040428 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top