CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiga 'ahli kimia' warga China didakwa edar 26.025 kg dadah

31-12-2025 05:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1492| Komen: 8

 



Georgetown: Tiga lelaki warga China dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis methaphetamin seberat 26.025 kilogram (kg) pada 20 Disember lalu.

Tertuduh, Xie Zhouji, 38, Zhang Mea, 32, Chen Cheng, 36, mengaku memahami pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret, Nadratun Naim Mohd Said.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh didakwa mengedar dadah berbahaya iaitu methamphetamine seberat 26,025 gram (26.025 kg) di Jalan Gurdwara, Kompleks Adorna Gold, di sini, kira-kira jam 10 malam pada 20 Disember lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Danial Amir Saad manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam tidak ditawar ikat jamin.

Mahkamah menetapkan 25 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan laporan kimia.

Media pada 23 Disember lalu melaporkan, polis menahan tiga lelaki warga asing dipercayai bertindak sebagai ahli kimia memproses dadah di Jalan Gurdwara, di sini, sekali gus membongkar sindiket dadah antarabangsa dengan jumlah keseluruhan rampasan dianggar mencecah RM38 juta.

Dalam serbuan itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan dilapor berkata, polis merampas sebanyak 26 kg dadah disyaki methamphetamine dan pelbagai peralatan membungkus dadah.

Susulan itu, polis menyerbu satu lagi premis perindustrian di Taman Windmill berhampiran lokasi sama yang digunakan sebagai lokasi penyimpanan dan pembungkusan semula serta merampas dadah seberat 474kg.

Manakala, serbuan ketiga membawa kepada penemuan kepada makmal haram di sebuah rumah tidak bernombor dalam kebun durian seluas 32 hektar di Teluk Bahang yang disewa sindiket terbabit sejak September lalu dengan harga RM80,000 setahun.

Hasil ketiga-tiga serbuan itu polis merampas kira-kira 1.2 tan syabu dengan siasatan mendapati sindiket itu menggunakan Malaysia sebagai hab pemprosesan dadah sebelum diedar untuk pasaran tempatan dan luar negara.

Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ZORRO5555 31-12-2025 08:25 PM
Padan muka
Quote sangkaya 1-1-2026 03:51 PM
Gantung..jgn lepas..ni la perosak generasi..
Quote Sunshine9202 1-1-2026 08:54 PM
Perosak bangsa
Quote prince_marhaen 2-1-2026 08:45 AM
Ahli Kimia sangat...muka 100% komunis.. hahahahahaha.. ni kalau dapat kurang atau lepas hukuman ni tatauuu laa..
Quote B40tastePosh 2-1-2026 10:55 AM
Dorang datang sini nak merosakkan anak bangsa Melayu.
Quote Purestteam1 2-1-2026 05:22 PM
harap tiong dtg setelkan masalah ni
Quote sharlenetexas 2-1-2026 08:00 PM
The alchemists komunis


Quote Skuau 2-1-2026 10:07 PM
B40tastePosh replied at 2-1-2026 10:55 AM
Dorang datang sini nak merosakkan anak bangsa Melayu.

Dgn sokongan org melayu....jugok.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.290881 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top