CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu lori didenda RM1,700, cederakan rakan sekerja dengan sebatang besi serta menampar pipi

31-12-2025 05:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1276| Komen: 4

 



Batu Pahat: Pemandu lori didenda RM1,700 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah mencederakan rakan sekerja dengan sebatang besi serta menampar pipi angkara berang dilontarkan dengan kata-kata kesat.

Majistret Nurasidah A Rahman menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Jaganesh Supramanian, 47, dan memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda, namun lelaki itu membayarnya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang masih bujang didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap lelaki berusia 52 tahun di sebuah kilang membekal paip, Kampung Sri Desa, Ayer Hitam, 9.10 pagi, 29 Disember lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan fakta kes, mangsa ketika di tempat kerja, didatangi tertuduh dalam keadaan marah sambil membawa sebatang besi.

 Tertuduh kemudian menghayun besi terbabit sehingga mangsa tercedera pada tangan. Tidak cukup dengan itu, tertuduh turut menampar pipi mangsa.

Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Ayer Hitam dan tertuduh ditahan pada hari kejadian bagi membantu siasatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahidah Mohd Sharip manakala tertuduh diwakili peguam Haryanti Othman daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).


Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ZORRO5555 31-12-2025 08:26 PM
Macha tunjuk taring
Quote Skuau 31-12-2025 09:33 PM
sapa mau rm1700...saiya kasi tampar sama bisi buruk...
Quote hokeypokey 31-12-2025 10:48 PM
gaduh waktu mabuk ka bro
Quote Burong_Hantuk 1-1-2026 08:22 AM

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.084515 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top