CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bimbang kerjaya lakonan malap, Taufiq Hanafi sedia cari rezeki luar industri

31-12-2025 05:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 600| Komen: 5

 



Pelakon Taufiq Hanafi, 34, meluahkan rasa bimbangnya terhadap perjalanan kerjaya seninya pada tahun depan.

Taufiq atau pemilik nama Mohamad Taufiq Mohd Hanafi berkongsi perkara itu menerusi hantarannya di Threads, semalam.

Pelakon yang terkenal menerusi filem Ola Bola itu turut percaya dengan rezeki Allah dan meminta agar mereka yang membaca hantarannya dapat mendoakannya.

"Risau dengan perjalanan karier lakonan untuk 2026 ini. Tapi aku berdoa dan percaya pada rezekiNya. Dan jika ada peluang kerja dari industri yang lain.. Tolong tunjuk kan jalannya..

"Tolong amin kan kawan-kawan..semoga yang baik terbalas semula kepada anda," tulisnya di Threads.

Dalam hantaran yang sama, komen pelakon, Amar Asyraf, mencuri perhatian netizen apabila dia menasihati Taufiq untuk berhenti berlakon.

"Sebagai seorang pelakon. Nasihat saya. Berhenti sahaja berlakon," tulis Amar.

Menjengah ke dalam ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar segala urusan Taufiq dipermudahkan.

"InsyaAllah aminn, InsyaAllah Tuhan buka jalan," tulis netizen.

"Semoga dipermudahkan segala urusan," tulis warga net.

Terdahulu, pada Januari lalu, Taufiq turut mencuri perhatian netizen apabila dia berkongsi resumenya di platform X kerana mahu mencuba nasib untuk mendapatkan tawaran lakonan pada tahun ini.

Taufiq sudah 15 tahun menempa nama sebagai seorang pelakon dan pernah membintangi filem Paskal dan Malbatt Misi Bakara.

Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ciwelireng 31-12-2025 08:04 PM
Tak laku ke?
Quote hokeypokey 1-1-2026 02:58 AM
who r yuss???
Quote fadz84 1-1-2026 07:07 AM
15 tahun berlakon?? Apsal x kenal..
Quote ardent91 2-1-2026 08:10 AM
fadz84: 15 tahun berlakon?? Apsal x kenal..


kalo die terkenal, x desperate die wat posting camtu
Quote prince_marhaen 2-1-2026 08:45 AM
Dia macam ni, kalau dah tahu sendu, jangan selalu merentan 24 jam kat media social, semua issue kau nak ulas, nak merentan takde job, make a move, cari kerja lain, kau jadi cashier or buat Grab jadi penghantar J&T pun orang tak perasan pun sebab tak popular... setiap kali hujung tahun muka kau je merentan takde job...

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.475754 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top