|
Usahawan kosmetik, Mohd Safiuddin Ilias atau lebih dikenali sebagai Safiey Illias mendakwa kerugian mencecah RM38 juta selepas diperdaya seorang penjual kenderaan mewah dan isterinya.
Safiey, 31, mendakwa seorang lagi individu bergelar Datuk Seri yang memiliki enam syarikat dan panel insurans turut terbabit dalam penipuan itu. Menurutnya, dia mengenali individu itu menerusi beberapa kenalan dan pernah membeli sebuah kereta terpakai daripada rakan lelaki itu pada 2017. "Kes ini membabitkan pecah amanah jenayah terancang, penipuan, penggubahan wang haram, penyelewengan dana, pelupusan harta dan wang yang diamanahkan dan salah guna kuasa. "Ini bukan pertikaian sivil, sebaliknya ada elemen jenayah pecah amanah dan jenayah terancang bersindiket menggunakan taktik sambung bayar tanpa pengetahuan pemilik kereta. "Pada 2019 dan 2020, saya minta dia jual kereta saya dan ayah, mereka menyalahgunakan kuasa sebagai ejen untuk menyeleweng serta menggelapkan dana, melupuskan harta saya iaitu kereta berkenaan," katanya kepada Harian Metro. Usahawan itu mendakwa lelaki itu adalah dalang utama kegiatan penipuan terbabit yang pada mulanya bertindak sebagai ejen mewakili diri dan bapanya untuk menjual kereta jenis Toyota Alphard, Mini Cooper, John Cooper Work dan Mercedes C200 serta menguruskan beberapa aset syarikat. Menurutnya, lelaki terbabit mempunyai sejumlah kawalan terhadap harta dan dana yang diamanahkan kepadanya namun diseleweng bagi kepentingan diri sendiri dan diagihkan ke dalam beberapa akaun. "Mereka bukan sahaja dengan curangnya menyalahguna wang, bahkan melucut hak saya dan keluarga serta waris bahkan hak kakak sulung saya sebagai bekas pengarah syarikat saya. "Ini termasuk, hak cap dagang yang dipatenkan dan berdaftar atas nama saya dan syarikat, nama baik saya, aset syarikat, reputasi syarikat, malah melucut hak wang syarikat termasuk akaun KWSP. "Saya bukan sahaja kerugian dari segi aset, perniagaan, nama baik, malah kehilangan hak ke atas semua jenama milik saya termasuk produk hak cipta terpelihara dan insurans hayat bernilai RM10 juta. "Kalau saya tidak didorong dan diperdaya dengan janji-janji itu, saya tidak akan melakukannya bahkan menyerahkan harta berkenaan," katanya. Menurutnya, laporan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah dibuat dengan harapan tiada lagi orang lain menjadi mangsa. "Trend ini semakin rancak dilakukan dan diiklankan di pelbagai platform digital termasuk ada group Facebook dengan nama kereta sambung bayar deposit 'direct owner'. "Mereka juga sering mengugut pihak lain dengan buat 'cover report', kontrak atau perjanjian secara sepihak dan paksaan serta pengaruh tidak wajar dengan kononnya menggunakan pendaftaran syarikat yang didaftarkan sebagai lesen sah untuk kaedah sambung bayar berdeposit," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan kes itu dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju. Sumber : BH
|

hokeypokey: betul ke dia ada 38 juta???
j3m4h replied at 1-1-2026 06:11 AM
ckp si pudin ni jgn caya sgt sbb dia ni delulu..sumber 38m tu drpd mana? Proxy cuci ni sbbtu kne gam ...
NuansaBiru replied at 1-1-2026 07:49 AM
THIS.
It's an open secret pun
Kebanyakan founder2 yg produk tak pernah nampak di pasaran apatah la ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-2-2026 07:44 PM GMT+8 , Processed in 1.079232 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.