CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Uyaina Arshad hadiahkan ibu emas setiap tahun

31-12-2025 04:43 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 437| Komen: 4

 



Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad menghadiahkan seutas gelang emas kepada ibu tercinta sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan dan jasa yang tidak ternilai sepanjang membesarkan dirinya serta adik-beradik.

Menerusi hantaran Instagram (IG), Uyaina atau nama sebenar, Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 33, berkongsi kisah pengorbanan ibunya yang sanggup bersusah payah demi memastikan anak-anak mendapat pendidikan terbaik.

"Waktu kecil dulu, Ummi banyak bergolok-gadai, bersusah-payah hendak sekolahkan kami adik-beradik ke menara gading.

"Kami keluarga biasa-biasa. Apa adanya sahaja tetapi serba cukup... Alhamdullilah," tulisnya.

Dalam video itu, Uyaina dilihat memakaikan gelang emas di tangan ibunya sebelum memeluk erat insan tersayang itu sebagai tanda kasih.

Ibunya kelihatan terharu dan sebak menerima pemberian itu serta tersenyum sambil memandang gelang emas di pergelangan tangan.

Uyaina yang membintangi drama Kau Cipta Kasih itu berkata, hasratnya untuk menjadikan pemberian emas kepada ibunya sebagai tradisi tahunan tanda membalas jasa wanita yang membesarkannya dengan penuh pengorbanan.

"Jadi, apabila saya sudah mula kerja, setiap tahun saya akan cuba hadiahkan emas untuk Ummi saya.

"Doakan saya dimewahkan rezeki supaya saya dapat teruskan tradisi ni untuk tahun-tahun yang mendatang," katanya.

Dalam pada itu, Uyaina turut menitipkan pesanan kepada orang ramai, khususnya anak-anak yang berkemampuan agar tidak berkira dalam membahagiakan ibu bapa selagi mereka masih ada.

JUyaina percaya bahawa keberkatan hidup dan rezeki adalah hasil daripada keredaan ibu bapa.

"Untuk anak-anak, mana yang berkemampuan, yang ada rezeki lebih, tanyalah ibu ayah kita apa yang mereka suka.

"Hadiahkanlah mereka dengan kebahagiaan. Doa mereka yang kita perlukan dalam hidup.

"Insya-Allah rezeki kita akan terbentang luas seluas langit biru Tuhan.. Hidup akan lebih berkat dan urusan harian akan lebih dipermudah, Insya-Allah,,,, Amin," katanya.

Sumber : BH


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lazim 31-12-2025 05:05 PM
Nanti jadi faraidh jgn gaduh2 plk
Quote sangkaya 1-1-2026 03:54 PM
Alhamdullilah..ada rizeki lebih buleh la bagi..
Quote noor2 1-1-2026 10:40 PM
Murah rezeki bila utamakan ibu dlm hidup
Quote laksmanabentan 2-1-2026 11:27 AM
lazim replied at 31-12-2025 05:05 PM
Nanti jadi faraidh jgn gaduh2 plk

betul.... mcm iolllss dulu... hujung2 iollsss nilaikan emas tu semua dan duit tu bagi2 ke adik beradik

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.741625 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top