|
MANILA: Pengawal Pantai Filipina (PCG) semalam mengerahkan sebuah pesawat untuk mengekang sebuah kapal penyelidikan China yang berfungsi sebagai pangkalan bagi kenderaan selam.
Ia sejurus selepas kapal itu dikesan kira-kira 19 batu nautika dari pantai wilayah utara Cagayan. Juruterbang pesawat berkenaan mengeluarkan beberapa amaran melalui radio kepada CRV Tan Suo Er Hao bagi mengesahkan sama ada kapal itu menjalankan penyelidikan marin tanpa kebenaran Manila, yang akan melanggar undang-undang Filipina dan antarabangsa. Menurut kenyataan PCG, tiada sebarang respons diterima. Kapal penyelidikan laut dalam sepanjang 87.25 meter, berlepas dari wilayah Hainan, China awal bulan ini dan memasuki bahagian barat Zon Ekonomi Eksklusif Filipina. PCG berkata, ia kemudiannya dipantau bergerak ke arah timur kira-kira 55.8 batu nautika dari Santa Ana, Cagayan. Cagayan, wilayah paling utara Pulau Luzon yang terletak berhampiran Taiwan, menempatkan salah satu daripada sembilan pangkalan tentera yang boleh diakses oleh pasukan Amerika Syarikat di bawah Perjanjian Kerjasama Pertahanan Dipertingkatkan (EDCA). Semalam, China mengadakan latihan ketenteraan di sekitar Taiwan, termasuk melancarkan roket ke perairan sekeliling serta mensimulasikan serangan dan sekatan dalam latihan yang digelar 'Justice Mission 2025'. Latihan itu dilancarkan beberapa hari selepas Washington mengumumkan pakej senjata rekod bernilai AS$11.1 bilion (RM44.93b) untuk Taipei. PCG berkata, kapal penyelidikan China itu dikesan melalui sistem pengesanan kapal gelap berasaskan satelit milik Kanada, Dark Vessel Detection. Tiada komen daripada Kedutaan China di Manila ketika ini apabila diminta. Sumber : BH
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.171555 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.