CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PN Melaka stabil, Mas Ermieyati tolak desakan letak jawatan

31-12-2025 04:27 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 156| Komen: 0

 



MELAKA: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menegaskan beliau tidak akan meletakkan jawatan ketika ini walaupun berdepan desakan susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi PN Pusat.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat demi menjaga kestabilan organisasi dan kepentingan perjuangan PN di peringkat negeri, khususnya ketika Melaka sedang membuat persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung dalam tempoh empat hingga enam bulan akan datang.

Katanya, hubungan kepimpinan PN Melaka bersama PAS negeri termasuk Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Zulkifli Ismail, serta semua parti komponen berada dalam keadaan baik, harmoni dan saling mempercayai tanpa sebarang konflik dalaman.

"PN Melaka kini berada dalam fasa persiapan penting.

 "Kesinambungan kepimpinan dan kerjasama erat antara semua komponen amat diperlukan bagi memastikan gerak kerja jentera serta strategi dapat dilaksanakan secara tersusun dan berkesan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ketua Wanita PN Pusat turut menolak dakwaan pelantikan Pengerusi PN negeri terbatal secara automatik susulan peletakan jawatan Pengerusi PN Pusat, sambil menjelaskan semua pelantikan dibuat melalui keputusan bersama Majlis Tertinggi PN.

 Mengulas lajut mengenai hubungan BERSATU dan PAS, beliau berkata kerjasama antara kedua-dua parti di Melaka kekal harmoni, sama seperti di negeri lain, sambil mempersoalkan sasaran tohmahan kepada kepimpinan PN Melaka.

Dalam masa sama, beliau menasihatkan semua pihak menghentikan polemik terbuka di media sosial yang boleh menjejaskan keyakinan rakyat terhadap PN.

Bagaimanapun, Mas Ermieyati menegaskan kesediaannya untuk melepaskan kedua-dua jawatan disandang jika diputuskan oleh Mesyuarat Tertinggi PN secara matang dan berlandaskan kepentingan parti.

Beliau turut memberi keyakinan hubungan PAS dan BERSATU umpama salah faham 'adik-beradik' dalam perjuangan yang mampu dipulihkan dengan kebijaksanaan kepimpinan baharu demi memperkukuh masa depan PN.


Sumber : BH


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.235897 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top