|
KANGAR: Kerajaan Negeri Perlis mengisytiharkan 1 Januari 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa selaras dengan Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).
Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah, berkata pengisytiharan cuti peristiwa itu selepas mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail. "Pemberian cuti peristiwa ini adalah satu bentuk penghargaan buat seluruh penjawat awam dan rakyat negeri ini yang menjayakan Karnival Sambutan Tahun Baharu 2026 peringkat Negeri Perlis yang diadakan hari ini. "Diharapkan dengan pengumuman ini dapat memudahkan segala urusan rakyat untuk hadir menjayakan karnival ini dan mengatur segala perancangan sebaiknya," katanya dalam kenyataan hari ini yang dimuat naik dalam Facebook rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis hari ini. Sumber : BH |

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.035006 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.