CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Macam filem ‘Ocean’s Eleven’, perompak gerudi dinding bank

31-12-2025 02:22 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1859| Komen: 17

 


BERLIN – Segerombolan perompak memecah masuk ke dalam sebuah bank di Jerman menggunakan gerudi untuk melarikan wang tunai dan barang berharga yang dianggarkan bernilai €30 juta (RM142.7 juta), lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC). 

Jurucakap Polis Gelsenkirchen menyamakan rompakan itu seperti filem Ocean’s Eleven dan memberitahu agensi berita AFP bahawa ia dilakukan dengan cekap. 

Lebih 3,000 peti deposit keselamatan yang mengandungi wang, emas dan barang kemas dipecahkan di bank simpanan Sparkasse, bandar Gelsenkirchen.

“Kecurian itu terbongkar selepas sistem penggera kebakaran berbunyi pada awal pagi Isnin. Tiada tangkapan dibuat setakat ini. 

“Mereka menggunakan peluang pada Hari Natal yang sunyi untuk melancarkan rompakan,” kata jurucakap tersebut. 

Rakaman video kejadian menunjukkan kumpulan pencuri itu melarikan diri melalui garaj di De-La-Chevallerie-Strasse dengan menaiki kereta jenis Audi RS 6 berwarna hitam pada awal pagi Isnin. 

Polis turut menemui lubang yang membawa ke bilik penyimpanan peti besi bawah tanah selepas menggeledah bangunan tersebut. 

Bank Sparkasse dalam satu kenyataan berkata, kira-kira 95 peratus peti deposit keselamatan yang menempatkan simpanan pelanggan telah dipecahkan. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 31-12-2025 02:43 PM
macam ni la baru berbaloi nak rompak..
Quote supernaturalee 31-12-2025 02:59 PM
kenapa gambar tu diblurkan


nmpk huru hara mcm baru bkk wrapping hadiah di pagi xmas
Quote tungkai 31-12-2025 03:15 PM
Kat Malaysia satu masa dulu lg power..
Quote ninja boy 31-12-2025 03:35 PM
1995 cuti raya perompak rompak mbb cheras dah gali tunnel dari longkang menyusup dari bgnn hadapn, pengera dimatikan, masuk kerja baru sedar
Quote malarky 31-12-2025 05:19 PM
Edited by malarky at 31-12-2025 05:28 PM

Sesiapa yang meminati siri filem Ocean’s pasti tahu fakta berikut

1.        Oceans and his friend rob casino and never rob any bank in any of the ocean’s movie except in Ocean’s 13 where they rob or rather destroy “Willy Banks” the casino hotel owner in order to avenge Bank’s betrayal toward Ruben

2.        Oceans and his friend never use tunneling as their modus operandi to access any vault. But in Ocean’s 13, tunneling drill was used as a tool to fake an earthquake as part of their plan to ruin Willy Bank’s Casino.

Sekian
Quote malarky 31-12-2025 05:25 PM
Edited by malarky at 31-12-2025 05:27 PM
ninja boy replied at 31-12-2025 03:35 PM
1995 cuti raya perompak rompak mbb cheras dah gali tunnel dari longkang menyusup dari bgnn hadapn, p ...

ye mmg ada kes ni, dan aku rasa perompak tu inspired by one of the movie yang pernah ditayang Oleh RTM dalam slot Dunhill Double sekitar awal tahun 1990an. Cerita pasal sekumpulan freedom fighter yang rompak bank diengland untuk fund their movement. aku tak ingat tajuk movie ni. Method yang sama macam perompak maybank tu drill tunnel during weekend dan bawak hasil rompakan sebelum bank bukak. kalau tak silap tiada tangkapan dibuat.
Quote malarky 31-12-2025 05:30 PM
the right movie refrence is more like to the "Bank Job"
Quote cmf_jeangrey 31-12-2025 06:39 PM
Mesti ada insider yg bagi floorplan bangunan tu at the first place..according to movies heist yg iols selalu tgk


Quote Tinot7 31-12-2025 07:04 PM
malarky replied at 31-12-2025 05:25 PM
ye mmg ada kes ni, dan aku rasa perompak tu inspired by one of the movie yang pernah ditayang Oleh  ...

Takkan bank takde list nombor siri duit kertas?
Quote midori888 31-12-2025 09:12 PM
ninja boy replied at 31-12-2025 03:35 PM
1995 cuti raya perompak rompak mbb cheras dah gali tunnel dari longkang menyusup dari bgnn hadapn, p ...



Rompakan “Tunnel Rats” masih misteri selepas 25 tahun | Suara Merdeka

tak salah meols MBB Finance taman midah cheras kan...bank tu kat shoplot belah hujung yg tak ramai org lalu lalang. Skrg situ dah ada MRT Taman Midah station.
Quote Sunshine9202 1-1-2026 09:04 PM
Fuh
Quote B40tastePosh 1-1-2026 11:40 PM
Hari Natal yang sunyi
Quote ZORRO5555 2-1-2026 12:21 PM
Lumayan....
Quote sayawifenikmie 2-1-2026 12:49 PM
kenapa rak kayu jer ?
yg terbuka terbuka tu safe dep box ke ?

Siapa tahu kat mana ada safe depo box kat Putrajaya ?
Quote malarky 7-1-2026 01:14 AM
Tinot7 replied at 31-12-2025 07:04 PM
Takkan bank takde list nombor siri duit kertas?

i guess the robber is smarter than the banks
Quote Tinot7 7-1-2026 02:05 AM
malarky replied at 7-1-2026 01:14 AM
i guess the robber is smarter than the banks

Iols tatau nak jawab dlm BM ka BI ni...

This bank probably has outdated security
Quote sharlenetexas 7-1-2026 02:27 AM
Rompakan kat maybank masa cuti raya tahun bila tu sampai sekarang tak tahu siapa pelakunya.


Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.037518 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top