CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cuti ganti untuk Thaipusam, Hari Wilayah Persekutuan 2026

31-12-2025 02:14 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3712| Komen: 26

 



PETALING JAYA – Kerajaan Persekutuan telah mewartakan hari kelepasan am bagi tahun 2026 iaitu Hari Thaipusam dan Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari depan.

Menerusi kenyataan Kementerian Sumber Manusia, sehubungan itu cuti Hari Wilayah Persekutuan adalah cuti yang wajib diberikan oleh majikan sektor swasta yang berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan kepada pekerja.

“Ini sebagaimana peruntukan Seksyen 60D(1)(a)(iii) Akta Kerja 1955 [Akta 265] dan tidak boleh diganti.

“Memandangkan cuti Hari Wilayah Persekutuan jatuh pada Ahad, maka majikan menetapkan hari Ahad sebagai rehat mingguan pekerja hendaklah memberi cuti gantian pada hari bekerja berikutnya (Isnin),” menurut kenyataan itu hari ini.

Selain itu, majikan yang memilih cuti perayaan Hari Thaipusam sebagai baki enam hari kelepasan am yang dipilih sebagaimana Subseksyen 60D(1)(a) Akta 265, perlu memberi cuti gantian pada hari bekerja berikutnya iaitu Selasa, memandangkan terdapat pertindihan kedua-dua hari kelepasan am ini.

“Majikan juga boleh memberikan pekerja mana-mana hari lain sebagai hari kelepasan berbayar sebagai ganti dengan persetujuan pekerja sebagaimana Seksyen 60D(1A).

“Pekerja yang diarah bekerja pada hari kelepasan am layak menerima kadar gaji bagi cuti am seperti ditetapkan dalam Seksyen 60D(3),” kata Kementerian Sumber Manusia.


Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chandrahusin 31-12-2025 03:39 PM
long weekend klu cuti smpai selasa
ofis aku kena tunggu la BNM declare cuti ke idok
Quote hart_attack 31-12-2025 03:41 PM
Hari wilayah persekutuan KL je kah yg coti? Labuan putrajaya coti jugak ka? Iols org selangor
Quote mejaputih 31-12-2025 04:27 PM
hart_attack replied at 31-12-2025 03:41 PM
Hari wilayah persekutuan KL je kah yg coti? Labuan putrajaya coti jugak ka? Iols org selangor

tiga2 under wilayah persekutuan dan tiga2 coti.
Quote seri_mawr 31-12-2025 05:07 PM
thaipusamm ni idak ke udah declare cuti sejak zaman allahyarham Tun Abdullah..?
sbb company iouls kerja tu bg cuti ni lepas pak lah declare considered as kelepasn am...

Quote gekkou 31-12-2025 06:32 PM
bagi je la cuti 1 msia

seronok cuti2 ni
Quote Tinot7 31-12-2025 10:05 PM
So KL cuti isnin dan selasa la kan
Quote SalenaGomez 1-1-2026 12:53 AM
seri_mawr: thaipusamm ni idak ke udah dec ...

Thaipusam mmg ph. Issuenya jatuh pd ahad, same date dgn hari wilayah. So yg opis di wp mengharapkan cuti ahad sampai selasa. Tapi smlm SG tgk news@tv3, katanya cuti isnin je. Selasa keje
Quote SalenaGomez 1-1-2026 12:54 AM
Tinot7 replied at 31-12-2025 10:05 PM
So KL cuti isnin dan selasa la kan

If x mistaken, selasa WP keje juga.
Quote SalenaGomez 1-1-2026 12:56 AM
Kalau selasa WP keje, x dpt laa org KL nak flex2 coti pd owang selangor. Hari tu selangor dah flex coti2 time birthday sultan selangor
Quote Tinot7 1-1-2026 01:05 AM
SalenaGomez replied at 1-1-2026 12:54 AM
If x mistaken, selasa WP keje juga.

Ohh.. cuti senin jahh.. ok la.. daripada takde cuti langsung mcm kat oberc..
Quote Tinot7 1-1-2026 09:23 AM
SalenaGomez replied at 1-1-2026 12:54 AM
If x mistaken, selasa WP keje juga.

Ohh.. cuti senin je la..
Quote hayrin86 1-1-2026 10:16 AM
hart_attack replied at 31-12-2025 03:41 PM
Hari wilayah persekutuan KL je kah yg coti? Labuan putrajaya coti jugak ka? Iols org selangor

KL-Labuan-Putraja aje yang bercuti macam biasa 1 Februari saban tahun.

Quote Decaffeinated 1-1-2026 03:42 PM
seri_mawr replied at 31-12-2025 05:07 PM
thaipusamm ni idak ke udah declare cuti sejak zaman allahyarham Tun Abdullah..?
sbb company iouls ke ...

'... majikan yang memilih cuti perayaan Hari Thaipusam sebagai baki enam hari kelepasan am yang dipilih sebagaimana Subseksyen 60D(1)(a) Akta 265'

boleh pilih.

Quote seri_mawr 6-1-2026 10:45 AM
Decaffeinated replied at 1-1-2026 03:42 PM
'... majikan yang memilih cuti perayaan Hari Thaipusam sebagai baki enam hari kelepasan am yang di ...

so skrg...wajib bg cuti ke mcm mana...?

sbb dah 2x tukar company di KL last time...mmg cuti jah thaipusam ni...
Quote Decaffeinated 6-1-2026 02:25 PM
seri_mawr replied at 6-1-2026 10:45 AM
so skrg...wajib bg cuti ke mcm mana...?

sbb dah 2x tukar company di KL last time...mmg cuti jah t ...

Public Holidays ni ada yang wajib mutlak macam 31st August tu, ada yang pilihan. macam dalam ayat tu kata company kena pilih 6, aku tak pasti mekanisma dia macam mana but I suppose kena declare upfront dengan pejabat buruh lah kot. kalau company tu dah declare Thaipusam cuti, kena ganti lah hari Selasa.
Quote razali778 6-1-2026 02:34 PM
aduh aku cuti sehari je. masih menunggu kalo dpt 2 hari
Quote delia3003 6-1-2026 09:46 PM
I bersyukur kerja kat company yang semua public holidays ambik, termasuk le cuti mengejut/tambahan. Tapi I kerja kat Selangor, cuti Thaipusam je le 1 Feb tu.
Quote midori888 6-1-2026 10:11 PM
Tinot7 replied at 31-12-2025 10:05 PM
So KL cuti isnin dan selasa la kan

yes ofis meols cuti Mon and Tues
Quote midori888 6-1-2026 10:12 PM
SalenaGomez replied at 1-1-2026 12:54 AM
If x mistaken, selasa WP keje juga.

company meols in KL cuti isnin dan selasa

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.377340 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top