CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mak, anak, menantu mengaku bergaduh di Pasar Melor

31-12-2025 02:13 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4211| Komen: 38

 



KOTA BHARU – Lima wanita daripada dua buah keluarga didenda RM1,000 di Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan gaduh gempar di depan Pasar Melor di sini pada minggu lalu.

Tertuduh, Rozita Ramli, 47, bersama anak, Aleeya Maisara Hasbullah, 19, dan menantunya, Siti Nor Bakyah Abdullah, 19, selain dua beradik, Siti Sara Suaini, 30 dan Siti Mastura, 28, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.

Mengikut pertuduhan, kelima-lima wanita itu didakwa bersama-sama melakukan gaduh gempar di hadapan Pasar Melor di sini yang merupakan suatu tempat awam kira-kira pukul 2.30 petang pada 25 Disember lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-dua jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nadzir Abdullah manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Siti Atikah Abd. Halim.

Terdahulu, Muhammad Nadzir memohon hukuman yang setimpal sebagai pengajaran kepada kesemua tertuduh kerana siasatan mendapati kejadian tersebut berpunca daripada perselisihan faham di aplikasi TikTok.

“Situasi itu agak membimbangkan apabila pertikaian di media sosial dibawa ke alam realiti sehingga mencetuskan keganasan fizikal dan mengganggu ketenteraman awam. Pergaduhan itu bukan sahaja melibatkan individu secara bersendirian, sebaliknya ia membabitkan ahli keluarga iaitu ibu, kakak ipar dan adik-beradik.

“Jika benar tertuduh mempunyai keberanian untuk bertempur, mereka sepatutnya mendaftar dalam sukan yang diiktiraf dan berdisiplin seperti Fury Championship atau kejohanan sukan tempur berdaftar apabila kekuatan diuji mengikut peraturan, dipantau pengadil dan dihormati masyarakat,” katanya.

Siti Atikah dalam rayuannya memohon hukuman yang minimum dikenakan terhadap kesemua tertuduh dengan mengambil kira video kes tersebut yang tular di media sosial sudah memberi pengajaran kepada kelima-lima wanita itu.

Rais Imran sebelum menjatuhkan hukuman turut menasihati kesemua tertuduh agar tidak melakukan kesalahan sama dan sebarang pertikaian perlu diselesaikan secara aman tanpa sebarang kacau-bilau.

“Penduduk di Kelantan terkenal dengan budaya dan berbudi bahasa tinggi. Tidak elok Kelantan jadi sohor (terkenal) dengan perkara seperti ini. Jika ada masalah, selesai cara baik,” katanya.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM1,000 kepada setiap tertuduh dan penjara tiga bulan jika gagal membayar denda tersebut. Kelima-lima wanita itu membayar denda yang ditetapkan oleh mahkamah.

Sebelum ini, seramai 12 individu yang terdiri daripada tujuh wanita dan lima lelaki berusia dalam lingkungan 20 hingga 50-an ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut.

Terdahulu, tular satu video di laman sosial yang memaparkan beberapa wanita sedang bergaduh di Pasar Melor di sini pada Khamis lalu.

Pergaduhan itu pada awalnya melibatkan dua orang wanita sebelum sekumpulan individu termasuk beberapa lelaki dan wanita dipercayai keluarga mereka turut campur tangan dan cuba meleraikan insiden tersebut.  

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 31-12-2025 02:26 PM
“Penduduk di Kelantan terkenal dengan budaya dan berbudi bahasa tinggi. Tidak elok Kelantan jadi sohor (terkenal) dengan perkara seperti ini.


Eh jab, sejak bila penduduk kelatam terkenal dgn budaya dan berbudi bahasa tinggi?  Definitely terkenal tp bula sbb dek 2 ni.
Quote n3ar 31-12-2025 02:33 PM
aku baca tajuk dah agak kat negeri SSKJP
Quote prettyuglybabe 31-12-2025 02:41 PM
jadah kelantan budaya budi bahasa tinggi..
ramai yang jumpa semua rajin bergocoh..
dorang baik dengan sek mandi lanje je..
lain sek lain geng gocoh sokmo..
kemahen siap melambai bangga turun lori..
leluhur kelate paki jenis gebang babi pun boleh terbang..
tapi pakai lawyer free
Quote supernaturalee 31-12-2025 03:01 PM
prettyuglybabe replied at 31-12-2025 02:41 PM
jadah kelantan budaya budi bahasa tinggi..
ramai yang jumpa semua rajin bergocoh..
dorang baik denga ...

nampak....gelang2 emas semua simpan

klu tak mcmn nk mntk kurang bail out
Quote B40tastePosh 31-12-2025 03:07 PM
“Penduduk di Kelantan terkenal dengan budaya dan berbudi bahasa tinggi. Tidak elok Kelantan jadi sohor (terkenal) dengan perkara seperti ini. Jika ada masalah, selesai cara baik,” katanya.

Quote B40tastePosh 31-12-2025 03:09 PM
Gaduh Gempar = Mari Gadoh
Quote hart_attack 31-12-2025 03:36 PM
Isu apa ye yg gaduh di tik tok salah faham apa?
Yg iols fhm mula² gaduh dkt tik tok lps tu gaduh depan². Ape yg x puas hati sgt satu family tu.
Mak pun sama naik. Bukan ke tugas mak cari jln selesaikan gaduh adik beradik ni
Quote hart_attack 31-12-2025 03:37 PM
prettyuglybabe replied at 31-12-2025 02:41 PM
jadah kelantan budaya budi bahasa tinggi..
ramai yang jumpa semua rajin bergocoh..
dorang baik denga ...

Ybgk tu free ke?yg bayar rm1 tu yg mana
Quote Purestteam1 31-12-2025 04:14 PM
gedebe sungguh
Quote PinkyPie 31-12-2025 05:56 PM
Edited by PinkyPie at 31-12-2025 05:58 PM

Bayar 1k, lepas ni boleh jadi influencer. Happy memasing turun trak polis
Quote kotakbaju 31-12-2025 05:58 PM
Siap lambai2 depan kamera 3 beranak ni fefeling retis pulak
Quote cmf_jeangrey 31-12-2025 06:17 PM
supernaturalee replied at 31-12-2025 03:01 PM
nampak....gelang2 emas semua simpan

klu tak mcmn nk mntk kurang bail out

Pelik sgt kan..tetiba togel semua
Kalau x bergentayangan emas besar rantai basikal


Quote airfilterkotor 31-12-2025 06:45 PM
Pic famili bertiga melambai mesra ke arah wartawan tu... cerapan aku adalah seperti berikut:

Kiri: anak umor 19
Tengah: menantu umor 19 (awalnya ko dekkk)
Kanan: Omak umor 47

Pendek kata, satu famili main TikTok la ya...
Quote midori888 31-12-2025 09:18 PM
ler takkan denda jer, patut kasi lah hukuman penjara sebulan dua...baru ada penyesalan...
Quote asfaz 1-1-2026 12:43 AM
[tiktok]7589937136015559953[/tiktok]
Quote wirazam 1-1-2026 12:46 AM
muka x malu....adoiiiii..awal tahun dah buat hal
Quote SalenaGomez 1-1-2026 12:59 AM
Lawa pulak mek yg pakai skirt bunga tu … btw sesaja lambai2 dgn girang, motip psiko happy2
Quote azimodin 1-1-2026 09:37 AM
Teringat aku mamat first yg ajak aku ngedate masa kat uni. Asyik2 cakap mak dia x suka dia date non-kelantanese especially orang melaka & negeri sembilan sebab "tino galak" katanya. Pastu dia date awek pantai timur jua.
Kelakar pulak rasanya sebab bila tengok video2 awek tarik2 tudung bergaduh selalunya orang pantai timur.
Quote tumpanglalu74 1-1-2026 06:09 PM
Maseh ade yang sayang.  

[youtube]VcxU1vXhYLQ?si=7GXiKeb2E1l6OW8_[/youtube]
https://youtube.com/shorts/VcxU1vXhYLQ?si=7GXiKeb2E1l6OW8_

Sek2 kito jange pecoh..

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.058321 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top