CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas suami tak culas bayar nafkah? ‘Tolong tunjuk resit bayaran’ – Rita Rudaini

31-12-2025 02:10 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3674| Komen: 25

 



PETALING JAYA – Menepis serkap jarang, pelakon Rita Rudaini menyelar seorang individu yang mempertahankan bekas suaminya, Aidil Zafuan atas keyakinan bahawa lelaki terbabit tidak pernah culas membayar nafkah dua anak.

Rita atau nama lengkapnya, Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 49, berkata, Aidil diharap dapat menyertakan resit pembayaran sebagai bukti tanggungjawab memberikan nafkah sebanyak RM3,000 sebulan dilunaskan seperti didakwa.

“Tolonglah beri resit bayaran. Semua orang nak tengok yang berhutang skip (langkau) bayar tu berapa bulan?

“Tolonglah beri resit bayaran. Semua orang nak tengok yang berhutang skip (langkau) bayar tu berapa bulan?

“Jom lawan di mahkamah. Ada berani?,” ujarnya.

Terdahulu Rita dan Aidil mendirikan rumah tangga pada 2008, namun mereka disahkan bercerai lima tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan dan Airit Qaqa Arjuna.

Pada 2017 tuntutan nafkah anak, mutaah dan idah Rita diputuskan mahkamah yang memerintahkan lelaki terbabit membayar RM3,000 sebulan bermula Januari 2015, manakala bagi mutaah, dia diperintah membayar RM30,000 pada Oktober 2015.

Begitupun, isu nafkah masih terus diperjuangkan Rita yang mendakwa perkara dibangkitkan adalah demi hak dua puteranya. 


Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 31-12-2025 02:21 PM
So betullah dia merempan pasal bekas laki since ex pergi bercuti haritu.  Hahaha nanti sampai bercucu la kau duk merempan kat socmed kan.  Anak tu pun dah berbulu masing2.
Quote annehuda 31-12-2025 02:27 PM
Samerosie replied at 31-12-2025 02:21 PM
So betullah dia merempan pasal bekas laki since ex pergi bercuti haritu.  Hahaha nanti sampai bercuc ...

kenapa taknak tag ex laki die je kalau btul ex tak bayar nafkah anak? ni dok merempan pulak sindir2 ex dia. takut plot twist je ex dia keluarkan segala resit tunjuk bila masa die tak bayar nafkah anak tu.  
Quote Samerosie 31-12-2025 02:43 PM
annehuda replied at 31-12-2025 02:27 PM
kenapa taknak tag ex laki die je kalau btul ex tak bayar nafkah anak? ni dok merempan pulak sindir ...

Entahnya. Nanti bila org tu menjawab dia ckp dia x ckp apa2 pun.  Ex pernah ckp kan kalu x puas hati dgn amount pi appky kat mahkamah, tak nak pula dia.
Quote Burong_Hantuk 31-12-2025 02:52 PM
Sampai masuk thread CI???
Quote seri_mawr 31-12-2025 03:15 PM
mmg ramai lelaki jenis klu bercerai..dia bercerai dgn anak sekali....
cumanya yang ni bini dia artis...udah lah artis lantang pulak tu.....
Quote lanacondor 31-12-2025 05:05 PM
Bayar jela aidil oii.. zmn dah canggih. buat auto debit tiap bulankan senang.. kau xsuka dia sekali pon tetaplah kene byr duit nafkah anak2 ko yg dua org tu..
Quote TOPwind 1-1-2026 08:52 AM
Catik lag,i Rita ni

agak2 ada nafsu lagi tak?

ada yg teringin tak>
Quote cm_vungtau 1-1-2026 09:28 AM
Jantan camni kalau kat Korea mampus dengan anak bini semua kena kensel. Kat Mesia aje diorang dok agung2kan
Quote Sunshine9202 1-1-2026 08:21 PM
Moga dipermudahkan urusan rita ni
Quote sharlenetexas 1-1-2026 08:26 PM
Nnt anak dia masuk u apa pulak dia merempan.


Quote Firenzza 1-1-2026 08:47 PM
TOPwind replied at 1-1-2026 08:52 AM
Catik lag,i Rita ni

agak2 ada nafsu lagi tak?

Tu la.....pelik gak nape xde dato2 yg berkenan kt dia?
Quote asfaz 2-1-2026 07:23 AM
annehuda replied at 31-12-2025 02:27 PM
kenapa taknak tag ex laki die je kalau btul ex tak bayar nafkah anak? ni dok merempan pulak sindir ...

Nanti kuar ayat ,tak perasan sb bercampur dgn duit dia.
Quote Prickford 2-1-2026 10:10 AM
Baru baca IG Chef Wan, pasal nafkahi bekas isteri dan anak2 nya. Learn something from him. Harap2 ada la penyelesaian.
Quote sharlenetexas 2-1-2026 08:06 PM
Prickford replied at 2-1-2026 10:10 AM
Baru baca IG Chef Wan, pasal nafkahi bekas isteri dan anak2 nya. Learn something from him. Harap2 ad ...

Kalau ritrude ni dapat duda mcm cepwan ni macamana agaknya? Senyap atau masih merempan sana sini?


Quote sharlenetexas 2-1-2026 08:07 PM
Firenzza replied at 1-1-2026 08:47 PM
Tu la.....pelik gak nape xde dato2 yg berkenan kt dia?

Takut dengan mulut kot. Setakat courting no hal kot. Komitmen no.


Quote zehra2 2-1-2026 10:19 PM
tp kot baca kat threads tu mmg ramai ibu2 yg simpan segala resit kos membesarkan anak2 bila ex suami culas bg nafkah anak.
ramai yg berjaya dapatkan pampasan sampaikan boleh beli sebiji rumah.
itu tgjawab emak utk dptkan hak anak2. kalau tkde resit bayaran yuran, beli baju dll.. tak yah cakap ler.
ya lah masa muda, ex suami tk berapa ada duit,, kerja pun pangkat rendah, lps 10 tahun kot hidup mewah, anak2 saman.


tu sebab nya raja azura gigih cari bekas suami nk tuntut hak anak2. sbb mmg boleh.
Quote Prickford 3-1-2026 08:36 AM
sharlenetexas replied at 2-1-2026 12:06 PM
Kalau ritrude ni dapat duda mcm cepwan ni macamana agaknya? Senyap atau masih merempan sana sini?
...

Akan merempan jugak bila makan tahun. Nafkah kena sentiasa naik naik dan naik bagi dia walaupon suami tu makin papa kedana.
Quote ZORRO5555 3-1-2026 10:55 AM
Dia ni boring la
Quote ekselen 3-1-2026 12:18 PM
Prickford replied at 2-1-2026 10:10 AM
Baru baca IG Chef Wan, pasal nafkahi bekas isteri dan anak2 nya. Learn something from him. Harap2 ad ...


itu jenis ex bini x merentan.. bini x memekak kt public, bercerai pun cara baik.. jgn la samakan plk.. tgk keadaan la.. mcm skrg ni si rit yg byk buat mslh kan? knp x berbaik je demi anak2? mungkin dpt faedah mcm cep one tu.. dh dia sendiri yg mcm2...

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.068951 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top