|
Pelakon Rita Rudaini menyindir golongan lelaki yang sudah berpisah agar selesaikan nafkah anak terlebih dahulu sebelum melakukan perkara lain. Menerusi hantaran di Threads, Rita turut mempersoalkan apa rasanya menggunakan wang yang bukan hak kita. “Nak buat apa ke, nak pergi mana ke, hutang nafkah anak selesaikan dahulu. Nak tahu juga apa rasa makan duit yang bukan hak kita. Sedap ke,” tulisnya. Hantaran Rita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tidak membayangkan bagaimana di akhirat kelak buat mereka yang menculas nafkah untuk anak. Malah, ramai yang meluahkan rasa hairan banyak kes bapa menculas nafkah anak serta kasihan apabila ramai ibu tunggal teraniaya kerana bekas suami mengabaikan tanggungjawab.
|

Minami2013 replied at 1-1-2026 04:41 PM
Maybe musim retis kahwin sheols pun terkenangkan mantan
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-2-2026 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.508358 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.