CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Tak Minta Pun Saya Kosongkan Rumah…Dia Seronok Tengok Kami Merempatkah” - Dr Fie

31-12-2025 08:48 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2234| Komen: 25

 



Bekas isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Fie berkata dia terpaksa tinggal sementara waktu di rumah ibu bapanya selepas barang peribadinya dibawa keluar dari rumah.

Memetik HibGlam, Dr Fie berkata urusan rumah lama yang pernah menjadi rumah kelamin merkea akan dibincangkan bersama peguam.

Menurut Dr Ffie, ahli keluarganya ada menghubungi Nubhan namun tiada respon, malah sepanjang tempoh perceraian Nubhan tidak meminta untuk mengosongkan rumah.

“Saya buntu. Saya sedang bercuti dengan anak-anak, cuma akan kembali ke Kuala Lumpur esok. Tapi ada ahli keluarga saya hubungi Nubhan bertanyakan tindakannya mengeluarkan barangan milik saya, langsung tiada respons.

“Sepanjang proses perceraian tempoh hari dia tak minta pun kepada peguam saya soal kosongkan rumah. Alih-alih dia bertindak melulu dengan memanggil mover (syarikat perpindahan) waktu saya tiada di rumah. Permainan apakah ini?

“Dia seronok tengok kami merempatkah? Tidak mengapalah jika itu yang mampu memuaskan hatinya. Apa pun saya serahkan kepada peguam untuk uruskan perkara ini,” katanya.

Sementara itu, Dr Fie yang kini bercuti bersama anak-anak ke Vietnam berkata bekas suaminya yang membangunkan rumah tersebut namun hampir semua barangan dia yang sediakan.

“Entahlah, sebelum bawa anak-anak bercuti ke Vietnam saya ada maklumkan kepadanya. Dia okey sahaja. Tak tahu pula selepas itu dia rancang sesuatu yang mengejutkan.

“Sudah-sudahlah, benda boleh bincang. Tapi dia ambil jalan ‘keras’ seperti tidak pernah ada sekelumit kebaikan pernah saya bawa dalam keluarga kami.

“Dia bangunkan rumah itu, tetapi hampir kesemua benda dalam rumah termasuk barangan di dapur serta baju anak saya yang sediakan. Jangan selepas ini pula kata saya suka mengungkit,” katanya.

Sumber : HibGlam, Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cpkay 31-12-2025 09:34 AM
you must be strong girl.. tak perlu merempan disini.. slow slow ambil action .. dah menang baru bersorak
Quote talapia 31-12-2025 09:48 AM
kalau macam ni... camne nak buktikan yg barang2 tu semua dia yg bayar? Kalau beli kt shopee.. bole la korek2 resit online..
biasanya mcm tu la.. lelaki.. dia sediakan mende besar2.. bayar utiliti apa smua..
tu semua memang ada rekod..
tapi kita ni wife.. beli benda2 kecik2.. runcit2.. bayar dinner ke.. food panda ke..
tak pernah berkira mende2 tu..
tup2 kena macam ni.. semua nak bukti.

bole kot agaknya request or bayar for detailed resit untuk segala pembelian kat mana2 online platform. kalau takat nak trace account bank.. takde details payment for apa..
Quote ZORRO5555 31-12-2025 09:49 AM
Tak habis lagi ke konflik family ni
Quote sweetfasha 31-12-2025 09:53 AM
tabahlah dr fie.. u also should start your games pulak
Quote arffa 31-12-2025 09:54 AM
Rupanya hadiahkan isteri rumah, kereta dan klinik tu propa demi konten je.
Quote LaskarHijayu 31-12-2025 09:57 AM
sweetfasha replied at 31-12-2025 09:53 AM
tabahlah dr fie.. u also should start your games pulak

Kan... dia bukan tak pandai. Doktor kot.  Dah boleh stop merempan kat sosmed. Plan game sendiri pulak bersama peguam. Geram pulak aku ngan mamat ni.
Quote LaskarHijayu 31-12-2025 10:02 AM
Ambik semangat bekas madu ML. Teruk jugak tu pakcik tanah ros buat dia. Bangkit dr fie bangkit. Hidup ni bukanlah tentang anak mak jeni sahaja
Quote alesandra 31-12-2025 10:05 AM
Mampoih la ko nubhan tak bagi notis dulu.dah tu ex ko pulak  report polis.ko ni bodoh yg amat selain pemalas.xde penyakit cari penyakit.
Quote cm_vungtau 31-12-2025 10:10 AM
Konten kasi hadiah rumah tu boleh jadikan bahan bukti mahkamah kot. ‘Dia kata ni hadiah untuk saya.’ Agittew aku mengajor Pipah

Ala tapi rumah nak gaduh2 pun entah2 belum habis bayar bank. Silap2 kalau mintak harta sepencarian pun last2 rumah kena jual and duit yang dapat kena bahagi dua. Lose-lose situation
Quote akies 31-12-2025 10:24 AM
Dia ni patut dh plan awal2.
Barang2 kemas dan berharga dah patut dipindahkan
awal2.
Merentan bertubi-tubi mcm tak matang lak.
Moga semuanya dipermudahkan
Quote MeowPARSI 31-12-2025 10:32 AM
Dokto,, oooo dokto,,ada exparte ke? Kalau ada exparte boleh je dok umah tu mspai kes harta sepencarian selesai..sudah² laa merentan medsoc..malu kat org hal rumahtangga..yg superb malu anak² nnti
Quote prettyuglybabe 31-12-2025 10:35 AM
boikot je la jantan ni..
biar terlentang terus..
Quote awanearisu 31-12-2025 11:30 AM
Kaki konten jarang tak menipu.
Tapi Fie ni pun dah gaya seperti tak ada kawan baik tempat meluah.
Simpan-simpan sikit strategi tu. Jangan biasakan cerita semua dekat wartawan.

Cuma kita faham jugalah, ini mungkin respon kepada peguam syarie bekas suami, dan tuduhan-tuduhan segelintir netizen yang mengandaikan Fie tak nak keluar dari rumah kelamin tanpa sebab yang munasabah.
Quote Buritan 31-12-2025 11:46 AM
Siannya nasib pompuan.. Ini okla dokto.. Ce kalo tak koje anak berderet pas tu gomok hitam. Jongang hidung kembang pendek.. Lg sian
Quote chilly 31-12-2025 12:28 PM
talapia: kalau macam ni... camne nak bu ...


Shoppee boleh cari balik dalam email.
Quote Buritan 31-12-2025 03:02 PM
Pstutnyaa siap siap kluar.. Amik brg brg yg berhrga.. Tinggal spenda koyak dgn bntal penuh ayo lio basi udah.. Buat hape laa duduk rumah dia.. Takde hak dah duk situ .. Dia pun dah benci ekau
Quote Shinichikudo 31-12-2025 05:59 PM
Narcissist ya si Nubhan ni. Haritu acah2 nak bebaik dengan fie sikit pun meols x percaya. Narc memang xkan berubah. Now nampak game dia kan..selagi fie tu x jatuh terduduk dia akan cari jalan nk susahkan org tu. Konten je la bagi hadiah rumah apa semua tu last2 mengungkit. Toxic trait Narc ni memang dia akan mengungkit kebaikan dia kt org. sebab dia buat bukannya ikhlas..semata2 nak pujian and orang agungkan dia. pi jahanam sana semua narc
Quote Peachlilac 31-12-2025 06:56 PM
kenapa si noob ni tak bagi je ex wife dgn anak2 tinggal kat rumah yg anak2 dia membesar tu? wehh mmg la tu rumah dia tapi anak2 darah daging dia. dia as bapak la patut keluar cari rumah sewa. biar ex wife dgn anak2 duk kat rumah tu. kesian budak2 tu kalau kena keluar duk rumah sewa lain pulak. dah la kena adapt dgn parents no longer together, makpak duk gaduh sana sini. pastu tambah pulak ke pindah randah drp rumah diorang sendiri. sepatutnya dah jadi bapak budak ni,emosi anak2 kena fikir dulu drp benda lain.
Quote lanacondor 31-12-2025 07:06 PM
Apalah ko ni nubhan. Belilah emas, handbag2 baru dkt bakal bini. Takkan tu pon xmampu nak beli baru. Kata kaya, jutawan.. bg jelah dekat ex-wife tu brg2 dia. Ko tahan ke dengar dia merentan hari2. Kalau org boikot bisnes ko nt, ko jgk yg ssh.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.172527 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top