|
PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan MADANI tidak akan bertolak ansur mahupun menerima sebarang ugutan, sama ada daripada kawan atau lawan, dalam usaha memerangi rasuah.
Sebaliknya, Perdana Menteri menekankan bahawa kerajaan akan terus bertindak tegas demi negara supaya wang yang diselamatkan dapat digunakan untuk membela nasib rakyat. "Saya baru menghadap Yang di-Pertuan Agong dan antara tema utama dipersembahkan ialah mengenai langkah tegas kebelakangan ini serta mutakhir ini terhadap rasuah yang menular pada peringkat atasan. "Saya tentunya menyampaikan maklumat terkini... menekankan bahawa kita tidak akan bertolak ansur, tidak akan menerima apa-apa ugutan daripada mana-mana pihak, dan kita akan tegas menghadapi masalah ini sama ada kawan atau lawan," katanya pada sidang media khas di sini, hari ini. Berita lanjut menyusul Sumber : Berita Harian |
gigahertz: azam balance guna akaun adik tu apa

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.063896 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.