|
Peguam syarie mewakili Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir mengesahkan pihaknya akan memfailkan tindakan sivil terhadap bekas suami anak guam, Nubhan susulan insiden pecah masuk kediaman dan mengeluarkan barang-barang tanpa izin.
Akberdin berkata, anak guamnya ketika ini berada di luar negara dan dijangka membuat laporan polis berhubung apa yang didakwa tindakan membawa keluar pelbagai barangan miliknya daripada kediaman terbabit tanpa notis, setibanya di tanah air, esok. "Dr Afifah akan ambil tindakan sivil untuk ganti rugi kerana dia (Nubhan) melanggar undang-undang. Sesiapa pun, sama ada suami atau pemilik rumah, kalau sudah ada orang tinggal di rumah itu sebagai penghuni, dia tak boleh suka-suka pecah masuk atau keluarkan barang tanpa kebenaran. "Tambah pula, dia tahu bekas isterinya sedang tuntut harta sepencarian di mahkamah. Anak-anak pula hendak tinggal di mana? Sepatutnya dia kena benarkan bekas isteri dan anak-anak terus tinggal di situ sehingga mahkamah buat keputusan. "Kemudian pihaknya beri gambaran seolah-olah dia buat secara berhemah. Sedangkan, perbuatan itu jelas salah dan melanggar undang-undang. Sekarang ini kami boleh saman kerana dia (Nubhan) pecah masuk rumah dan keluarkan barang tanpa izin penghuni dan tanpa perintah mahkamah. "Perkara ini juga melanggar Seksyen 7 dan 8 Akta Relief Spesifik," katanya kepada BH Online di sini, hari ini. Melalui hantaran Threads, malam tadi, Dr Afifah, 35, atau lebih dikenali sebagai Dr Fie, mendakwa barang-barang rumah yang dihuni bersama anak-anak, dicampak keluar dari kediaman tanpa pengetahuannya. Akberdin berkata, Dr Afifah ada hak untuk terus menghuni kediaman berkenaan sementara prosiding tuntutan harta sepencarian masih berlangsung di mahkamah. Akberdin menjelaskan mengikut Seksyen 7 dan 8 Akta Relief Spesifik, mana-mana pihak termasuk pemilik harta tidak boleh memasuki atau mengambil alih sesuatu harta tak alih tanpa perintah mahkamah. "Undang-undang sama turut memperuntukkan bahawa walaupun penyewa gagal membayar sewa untuk tempoh lama, pengusiran secara paksa tetap tidak dibenarkan tanpa perintah mahkamah," katanya. Sehubungan itu, tambah Akberdin, tindakan Nubhan yang didakwa memasuki rumah berkenaan ketika Dr Afifah berada di luar negara, mengeluarkan barangan peribadi serta menukar kunci kediamannya disifatkan sebagai melanggar undang-undang. "Walaupun rumah itu atas nama Nubhan, dia tak boleh suka-suka keluarkan barang. Kena ikut undang-undang, ikut Seksyen 7 dan 8 Akta Relief Spesifik. Walaupun tuan punya tanah atau atau penyewa tidak bayar sewa berbulan-bulan, dia tetap tak boleh pecah masuk. Sama macam kes ini. "Sepatutnya, dia benarkan bekas isteri masuk balik dan kalau hendak ambil barang, kena mohon. Tetapi, dia ambil kesempatan ketika anak guam saya tidak berada di Malaysia. Cara dia buat memang salah. Dia tak boleh masuk keluarkan barang-barang dan kemudian tukar kunci pula. "Jadi, perbuatan dia melanggar undang-undang kerana dia tak dapat perintah mahkamah terlebih dahulu," katanya. Nubhan, 39, sah bercerai dengan Afifah, pada 2 Disember lalu. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan hidup bersama selama 10 tahun. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille, 3 Sumber : Harian Metro
|
prettyuglybabe replied at 30-12-2025 05:48 PM
sebab tu ramai penyewa dari neraka membiak..
ada akta so owner tak boleh nak sesuka halau keluar..
...
awanearisu replied at 30-12-2025 05:57 PM
Harap biar dikekalkan khidmat peguam 20% ini.
Setakat ini persembahan tidak mengecewakan.
pocongkiutss replied at 30-12-2025 06:08 PM
Siapa? Abedin ni ke
Iols terjumpa TT anak dia hr tu..kemain gah ya rumah dia (walaupun bukan tast ...
awanearisu replied at 30-12-2025 06:10 PM
Bukan. Peguam Syarie Nubhan.
Dah serupa peguam 20% Tiga Abdul.
Makin ke laut anak guamnya.
pocongkiutss replied at 30-12-2025 06:13 PM
Sapa peguam dia eh? Kalau tgk gaya mcm kurang cerdik la
Btw mana dtg 20 persen tu uols?
Perkara ini dimaklumkan peguam syarie Mohd Redzuan Ramli yang mewakili Nubhan apabila memaklumkan tindakan dibuat bapa tunggal itu bukan kesalahan undang-undang berikutan kediaman terbabit juga adalah miliknya.
awanearisu replied at 30-12-2025 06:17 PM
20% tu skrip dari sini:

cm_vungtau replied at 30-12-2025 10:16 PM
Abedin ni macam tak best pun. Dulu dengan ps pun senyap aje padahal kecoh gila harta sepencarian la ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-2-2026 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.663758 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.