|
SEREMBAN: Selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN), langkah sama disusuli teraju gabungan itu di Negeri Sembilan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu, Mohamad Hanifah Abu Baker melalui satu kenyataan hari ini mengumumkan meletak jawatan sebagai Pengerusi PN Negeri Sembilan. "Saya mengambil maklum pelantikan saya sebagai Pengerusi PN Negeri Sembilan adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Pengerusi PN Malaysia. "Sehubungan itu, saya dengan ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN Negeri Sembilan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026. "Keputusan ini dibuat dengan penuh rasa tanggungjawab serta selaras dengan prinsip menghormati struktur, hirarki dan tatakelola organisasi PN," katanya hari ini. Mengulas lanjut keputusan itu, Mohamad Hanifah yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan berkata, pihaknya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pimpinan, rakan-rakan parti, jentera serta penyokong PN Negeri Sembilan. Sumber : Harian Metro
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.066692 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.