CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Meludah di tempat awam sekitar ibu kota boleh dikompaun RM2,000, perintah khidmat masyarakat mulai 1 Januari - JKAS

30-12-2025 04:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 235| Komen: 6

 



KUALA LUMPUR: Bermula 1 Januari ini, sesiapa sahaja yang membuang sampah dan meludah di tempat awam di sekitar ibu kota, bakal dikenakan tindakan kompaun sehingga RM2,000 selain Perintah Khidmat Masyarakat melebihi 12 jam selama enam bulan.

Pengarah Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dr Nor Halizam Ismail, berkata sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026), DBKL akan mempergiat penguatkuasaan menerusi operasi antipembuangan sampah dan operasi larangan meludah yang dijalankan secara berkala di seluruh Kuala Lumpur.

Ia khususnya di kawasan tumpuan pelancong, bagi mengekang sikap buruk warganegara dan pelancong yang sering membuang sampah kecil seperti puntung rokok dan botol minuman di tempat awam, selain meludah di kawasan pejalan kaki yang bukan sahaja mengotorkan tempat, tetapi turut mencemarkan imej negara.

"Kompaun yang kita keluarkan boleh mencecah sehingga RM2,000 bergantung kesalahan yang dilakukan. 

"Tujuan kita bukan untuk menghukum semata-mata, sebaliknya ingin mendidik masyarakat untuk lebih berdisiplin dan menghormati ruang awam yang kita kongsi bersama," katanya semasa menjadi tetamu di rancangan Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV, di sini hari ini.

Nor Halizam berkata DBKL turut mewujudkan empat kawasan bebas sampah melibatkan Jalan Bukit Bintang, Dataran Merdeka, Jalan Tun Perak dan kawasan komersial Brickfield, bagi memperkukuh imej bandar raya bersih dan teratur.

 DBKL juga tidak berkompromi terhadap tahap kebersihan di premis makanan serta tandas awam, di sekitar Kuala Lumpur.

Beliau berkata mana-mana pemilik serta kontraktor akan dikenakan tindakan sekiranya didapati gagal mematuhi standard kebersihan yang telah ditetapkan.

"Kita ada lebih kurang 7,450 premis makanan yang kita pantau setiap masa, untuk pastikan tidak berlakunya pencemaran makanan atau pembiakan haiwan vektor seperti tikus, lipas dan sebagainya.

"DBKL juga memandang serius terhadap kebersihan tandas awam dan akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa atau sekiranya terdapat aduan," katanya sambil menegaskan langkah itu penting bagi memastikan keselesaan pelancong dan rakyat tempatan yang berkunjung ke ibu negara.

Mengulas pelancaran "I LITE U", beliau berkata acara itu akan diadakan 3 Januari tahun hadapan di Pavilion Kuala Lumpur, sebagai pembuka tirai TMM 2026.

Beliau berkata program itu, diterajui DBKL dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Jabatan Perdana Menteri (JPM).

"Antara acara menarik yang kita akan bawakan ialah perarakan daripada 16 kontinjen, projek lampu atau pencahayaan bandar berkonsepkan inovasi dan teknologi, termasuk persembahan muzik dan kebudayaan Nusantara," katanya.

Berikutan acara itu beberapa jalan sekitar ibu negara, akan terlibat dengan penutupan jalan iaitu Jalan Bukit Bintang, Jalan Raja Sultan, Jalan Pudu dan lalu lintas Sultan Ismail pada 1 Januari 2026, bagi latihan raptai penuh dan pada hari pelancaran bermula 6 petang hingga 12 malam.

Justeru, beliau menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan beramai-ramai datang ke sambutan pelancaran itu untuk memeriahkan lagi majlis.

Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 30-12-2025 04:35 PM
sama jugok:
1.Msk secara haram.
2.Tggl secara haram.
3.kerja secara haram.
4.berniaga secara haram.
Cer pusing lembah klang...apa tindakan PIHAK PENGUATKUASA UNDANG2???????
Quote chacon 30-12-2025 05:36 PM
gi masjid india...cm...kota raya memang beratus dapat tangkap kaki ludah sireh banyak sana
Quote ultra78 30-12-2025 05:53 PM
Jangan sampai jadi mcm di UK. Migrant dari India meludah paan (daun sirih dan buah pinang) merata hingga menjadikan jalan habis kotor.

[fbv]CY1_Q-zaKLU[/fbv]
Quote ZORRO5555 30-12-2025 07:09 PM
Geli tengok orang ludah melata..x ada adab
Quote Firenzza 30-12-2025 08:57 PM
ultra78 replied at 30-12-2025 05:53 PM
Jangan sampai jadi mcm di UK. Migrant dari India meludah paan (daun sirih dan buah pinang) merata hi ...

Kat sini dikecualikan utk rohingya yg ludah sirih kot, kena tangkap sekadar cukup tunjuk kad unhcr dah blh bebas lg pun mana diorg  ada cash 2k nk byr kompaun
Quote PULANGKAN 30-12-2025 09:34 PM
Firenzza replied at 30-12-2025 08:57 PM
Kat sini dikecualikan utk rohingya yg ludah sirih kot, kena tangkap sekadar cukup tunjuk kad unhcr ...

betul chuols.
kita ni walaupun ada undang2, penguatkuasaan still lemah. unit beruniform tak dapat nak cover semua tempat

contoh la, kedai makan, DILARANG MEROKOK. elok depan poster tu pakcik-pakcik minum teh sembang tangan mulut semua asap berkepul. ada tu unit beruniform sendiri berasap. how come? sapa nak tangkap, kompaun all these makhluk?

same thing with this meludah. tempat hotspot ramai foreigner, ada penguatkuasa sorang dua yang betul2 laksanakan peraturan ketat, maybe ya dapat kompaun. else, ramai2 meludah la camane pun, tak tentu dapat cekup, kompaun.

bukan ape, dalam satu bangunan kecil yang dipenuhi cctv, ada foreign staff meludah. kalau ikut peraturan tempat kerja, dah boleh kena tindakan. tapi takde tindakan. or some other reason yang iols tak tau..

I mean. iols sokong ada undang2 ketat untuk perbuatan tak bermoral camni. mengotorkan tempat awam. tapi, pelaksanaan tu, tak berapa yakin camane

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.046264 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top