|
Usahawan terkenal Rozita Ibrahim atau Bonda Rozita, 61, dan suaminya, Aidiamin Ahmad, 50, berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah selama 11 hari sejak semalam.
Perkara itu dikongsi Rozita menerusi hantaran dimuatnaik di Instagram (IG) untuk memaklumkan pengikut media sosialnya yang turut mohon mendoakan agar mereka agar dapat menjadi tetamu Allah juga. Pada hantaran dibuat itu, Rozita memberitahu langkahnya ke tanah suci bukan kerana dirinya sudah baik, tetapi hatinya terlalu perlu dibersihkan termasuk mendapat ruang untuk menenangkan jiwa. "Kepada semua followers (pengikut) yang bonda kasihi, bonda doakan semoga Allah turut menjemput kalian menjadi tetamu-Nya di Tanah Suci, pada waktu dan cara yang paling indah menurut ketentuan-Nya. "Selamat menyambut Tahun Baharu. Semoga Allah menulis takdir yang baik untuk kita semua pada tahun mendatang - negara yang aman, rezeki yang dipermudahkan, iman yang terus bertambah dan seluruh Malaysia dilindungi daripada segala petaka yang mengundang kemurkaan-Nya. "Ya Allah, bonda ingin melangkah ke Tanah Suci bukan kerana bonda sudah baik, tetapi kerana hati ini terlalu perlu dibersihkan. "Umrah ini bonda pohon sebagai ruang menenangkan jiwa, tempat bonda menyerahkan lelah, luka dan segala harapan hanya kepada-Mu, Ya Rabb," tulisnya pada hantaran itu. Menurut Rozita, dalam setiap sujudnya dia juga memohon dilapangkan rezeki dalam perniagaan yang boleh menjadi sebab baginya berkongsi dengan orang lain. "Dalam setiap sujud, bonda titipkan satu doa yang dalam: andai Engkau lapangkan rezeki bonda melalui niaga yang Engkau redai, jadikanlah bonda asbab untuk membawa mereka yang tidak mampu menjadi tetamu-Mu. "Ya Allah, jadikan rezeki ini amanah, yayasan ini jalan rahmat dan setiap langkah bonda ini bukti bahawa nikmat-Mu bukan untuk disimpan, tetapi untuk dikongsi," katanya. Meninjau di ruangan komen, kebanyakan pengikut Rozita gembira dan menganggap ucapan ditulisnya sangat tulus, menenangkan hati, cantik serta sedap dibaca dengan susunan ayat teratur. "Doakan saya bonda. Cantik ayat. Semoga mendapat umrah mabrur, redha Allah serta pengakhiran hidup yang baik," komen netizen. "Selamat menunaikan umrah bonda..selamat pergi dan selamat kembali," tulis seorang warganet. "Moga dipermudahkan urusan bonda di sana.. selamat bermusafir bonda," ujar pengikutnya. "Semoga Allah makbulkan semua hajat bonda," kata seorang pengguna media sosial. Sebelum ini, Rozita dan suaminya menarik perhatian ramai di media sosial apabila lelaki itu didakwa mengalami gangguan makhluk halus ketika menyertai satu rakaman program paranormal. Rozita dalam penjelasan dibuat mengenai kejadian memaklumkan dia mempunyai pengalaman dengan gangguan mistik kerana mendakwa hidup selama 24 tahun dalam keadaan dirinya disihir. Sumber : Harian Metro
|

prince_marhaen: Dah kantoi mulut macam nenek p ...
Perawankota replied at 30-12-2025 03:04 PM
Walaupon tak tengok abis, tapi nmpk angkuh betul ye dia ni.
kalchi replied at 30-12-2025 03:17 PM
Alip sukri pun pangai mcm mak dia cuma dah kurang sikit bebanding Bonda. Bonda dlu lg dashat kata ka ...
L.U.S.M replied at 29-12-2025 09:05 PM
Masa awal2 lakinya bawa air Yasin dia gelak terkekeh mempersenda konon nothing..skali bila dh terk ...
L.U.S.M replied at 29-12-2025 08:55 PM
Risau kena kecam ke tuuuu
Habis terserlah satu satu perangai diva nekta ni

prince_marhaen replied at 30-12-2025 03:00 PM
Dah kantoi mulut macam nenek puaka, kantoi ustaz kata benda tu 'berlaga' dengan dia dengan laki dia ...

KBW2: So kesimpulannya ni semua sand ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-2-2026 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.260242 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.