CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru sekolah menengah didakwa miliki gambar, video pornografi kanak-kanak

30-12-2025 02:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 613| Komen: 16



Muar: Seorang guru sebuah sekolah menengah di Batu Pahat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga tuduhan memiliki gambar dan dan video pornografi kanak-kanak.

Mohamad Amir Mohtaram, 50, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan di hadapan Hakim Mohd Khairi Haron.

Mengikut pertuduhan pertama, bapa kepada enam itu anak didakwa meminta suatu bahan penganiayaan seksual iaitu video pornografi kanak-kanak.

Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 8 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 yang memperuntukkan penjara 15 tahun dan sebatan tidak kurang tiga kali.

Bagi pertuduhan kedua mengikut Seksyen 10 akta sama, tertuduh didakwa memiliki tiga video klip pornografi kanak-kanak dalam telefon bimbitnya.

Seksyen 10 pula memperuntukkan penjara sehingga lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

Untuk pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa memiliki sembilan kandungan video dan 31 gambar lucah yang disimpan dalam telefon bimbit miliknya dan dituduh mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Kesemua perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Batu Pahat pada jam 6.40 petang, 19 Jun lalu.

Berdasarkan laporan dibuat, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) mengesan tertuduh menyertai satu kumpulan menyediakan bahan lucah kanak-kanak sebelum memaklumkan perkara itu kepada polis.

Bertindak atas maklumat diberikan, polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor melakukan serbuan di sebuah rumah di Batu Pahat dan menahan tertuduh.

Turut dirampas telefon bimbit tertuduh yang didakwa menyimpan bahan pornografi kanak-kanak untuk siasatan lanjut.

Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Diyana Najihah Muhamad Fauzi manakala tertuduh diwakili peguam Mohamad Salihen Mastor.

Terdahulu pihak pendakwaan menawarkan ikat jamin RM20,000 bagi setiap pertuduhan serta mengenakan syarat tambahan.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM15,000 terhadap tertuduh bagi kesemua pertuduhan selain memerintahkannya melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Kes disebut semula 2 Mac depan untuk serahan dokumen.

Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 30-12-2025 03:06 PM
Edited by prince_marhaen at 29-12-2025 09:09 PM

Boleh tak pedo sial ni hukuman potong konek? multilasi atau kasi je...

btw 'ústaz' ye...siap ada youtube channel ye barua ni..










Quote ultra78 30-12-2025 03:50 PM
Ustaz tu....
Quote supernaturalee 30-12-2025 04:16 PM
Berdasarkan laporan dibuat, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) mengesan tertuduh menyertai satu kumpulan menyediakan bahan lucah kanak-kanak sebelum memaklumkan perkara itu kepada polis.


ahli member tak kena ke

grup whatsapp ke telegram ni
Quote NazRysha 30-12-2025 04:36 PM
telegram ke ni
takutnya
entah2 ada gambar anak2 dia dalam tu
Quote plywood 30-12-2025 04:46 PM
ada orang report rupanya... tak tau mcm mana mulanya...
[youtube]Cy1s87fClSw[/youtube]



Quote kotakbaju 30-12-2025 04:56 PM
Ler ustaz rupanya. Tengok muka macam baik2 je..apa la nak jadi duniya sekarang

Ot jap..boleh tahan abam2 pulis tu
Quote chacon 30-12-2025 05:37 PM
seram zaman sekarang...budak2 pun ada selera apa  gila.. kalau awek logikla jugak ni budak anat
Quote ZORRO5555 30-12-2025 07:11 PM
Disgusting
Quote Rdizz 30-12-2025 08:18 PM
prince_marhaen replied at 30-12-2025 03:06 PM
Boleh tak pedo sial ni hukuman potong konek? multilasi atau kasi je...

btw 'ústaz' ye...siap ada  ...

Tudia ustaz, kategori dewa sayu. Bertopeng dgn gelaran org agama padahal hmmm
Quote Firenzza 30-12-2025 08:34 PM
Camne setaz ni blh kantoi, dia share bideo ke acaner?
Quote Jitu 31-12-2025 07:22 AM
ustaz tu giler la
mcm org takde agama perangai

Quote Dwdrum 31-12-2025 08:46 AM
Ustaz hidup salah timeline/era...
Quote supernaturalee 31-12-2025 08:57 AM
Firenzza replied at 30-12-2025 08:34 PM
Camne setaz ni blh kantoi, dia share bideo ke acaner?

entah2 1 of the member dlm grup tu tak


Quote awanearisu 31-12-2025 10:17 AM
Kurang-kurang, terselamat bakal-bakal mangsa di sekolah.
Mujur tak  melarat seperti kes guru yang ada 11 pertuduhan amang seksual minggu lepas.
Quote Sesuatu… 31-12-2025 01:33 PM
Ustaz x bljr dr kes PU azman ke
Quote dua_chzy 31-12-2025 01:37 PM
Edited by dua_chzy at 31-12-2025 05:40 AM

Dulu, ada porumer lobai kata child porn sama dengan adult porn. Hujah dia nak bela pedo tersohor ex Imperial College yang katanya dah jadik tutor ke lecturer ke, di tanahair ini pehtu menurut interview yang pernah viral di porom dulu katanya si polan tu tak rasa jadik pedo ni salah?

Kalau lobai tu masih wujud sebagai SR, muncul la tu nanti PA aku. Ha Ha.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.072392 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top