CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

1,000 gol dahulu baru Cristiano Ronaldo bersara

30-12-2025 12:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1407| Komen: 6

 


Dubai: Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo, mengakui masih belum bersedia untuk bersara selagi belum mencapai sasaran 1,000 gol sepanjang karier profesionalnya.

Dua gol yang dijaringkannya dalam kemenangan Liga Pro Saudi bersama Al Nassr pada Sabtu lalu menyaksikan jumlah keseluruhan gol bersama kelab dan negara kini mencecah 956, ketika dia berusia 40 tahun.

"Sukar untuk terus bermain, tetapi saya masih bermotivasi," kata Ronaldo kepada pemberita selepas dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Timur Tengah pada Anugerah Globe Soccer.

"Minat saya masih tinggi dan saya mahu terus bermain. Tidak kisah di mana saya beraksi, sama ada di Timur Tengah atau Eropah. Saya sentiasa menikmati bola sepak dan mahu meneruskannya.

"Anda semua tahu sasaran saya. Saya mahu memenangi trofi dan saya mahu capai angka itu (1,000 gol). Saya pasti akan mencapainya jika tidak mengalami kecederaan," katanya.

Pemenang lima kali Ballon d'Or itu kekal sebagai pemain paling berprofil tinggi dalam Liga Pro Saudi sejak menyertai Al Nassr selepas Piala Dunia 2022 di Qatar.


Ronaldo menandatangani kontrak dua setengah tahun bernilai sekitar AS$536.3 juta (RM2.1 bilion) sebelum menyambung kontrak dua tahun lagi pada musim panas lalu, dengan nilai dilaporkan AS$710 juta (RM2.8 bilion), yang akan mengekalkannya bersama kelab Riyadh itu sekurang-kurangnya sehingga musim 2026-27.

Sepanjang empat musim bersama Al Nassr dalam Liga Pro Saudi, Ronaldo menjaringkan 86 gol dan mencatat 17 bantuan jaringan dalam 86 penampilan sebagai pemain kesebelasan utama.

Secara keseluruhan, dia sudah meledak 112 gol dalam 125 perlawanan bersama kelab itu.

Ronaldo sebelum ini menyatakan pada November bahawa Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas dunia.

Dia juga memberitahu wartawan Piers Morgan dalam satu wawancara bahawa dirinya merancang untuk bersara dalam masa terdekat.

"Saya rasa saya akan bersedia. Ia pasti sukar. Saya mungkin akan menangis," katanya.


Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chacon 30-12-2025 05:37 PM
mari lawan friendly kat asia ni sekejap je full 1000 gol
Quote ZORRO5555 30-12-2025 07:11 PM
Quote VioletsAre_Blue 30-12-2025 08:52 PM
Kalau akak jadi Ronaldo, akak tinggalkan liga saudi dan balik europe untuk cari gol ke 1000. Duit dah berkepuk dalam bank hasil 3 tahun kat Saudi. Balik liga Portugal ke farming gol kat sana nampak kualiti sikit. Tapi Ronaldo dia menyelam sambil minum air. Duit banyak masuk sambil buru gol.
Quote supernaturalee 31-12-2025 09:17 AM
sebulan lebih lagi, 41 dah umur dia

Quote seri_mawr 31-12-2025 10:38 AM
lawan dengan belah2 sini cepat sikit kot capai target..

tp mcm x berapa nak bermakna lah....
Quote PongKang 1-1-2026 11:54 AM
Lawan dgn malaysia la

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.072916 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top