CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

CCTV bongkar pembantu rumah tuang pembasmi kuman dalam botol susu anak majikan

30-12-2025 12:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 218| Komen: 0

 



Bangkok: Seorang ibu di Thailand memberi amaran kepada ibu bapa lain selepas pembantu rumah sementaranya didakwa menuang bahan pembasmi kuman ke dalam botol susu anak lelakinya, lapor Thaiger.

Kejadian itu didedahkan wanita berkenaan menerusi Facebook miliknya, Yokey R, pada Jumaat lalu.

Menurutnya, rumah mereka kebiasaannya mempunyai dua pembantu rumah iaitu seorang untuk kerja rumah dan seorang lagi menjaga anaknya, Kirin.

Bagaimanapun, apabila pembantu rumah tetap bercuti sehari, keluarga itu mengambil pembantu sementara untuk bekerja selama sehari sahaja.

Wanita itu berkata, dia menemui pembantu berkenaan melalui satu kumpulan Facebook dan bertemu seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai 'Usanee Palang-usa'.

"Usanee hanya diarahkan membersihkan rumah kerana seorang lagi pembantu sudah ditugaskan menjaga Kirin. 

"Pada sebelah petang, Kirin minum susu daripada botol susu sebelum emak saya terhidu bau bahan kimia yang kuat daripada botol berkenaan," katanya.

Terkejut dengan perkara itu, neneknya segera mengambil botol berkenaan dan merasainya sendiri, sebelum mendapati susu itu berbau kuat seperti Dettol dan mempunyai rasa yang sangat pahit.

Susulan itu, wanita berkenaan segera pulang ke rumah dan membawa anaknya ke hospital, manakala suaminya menyoal pembantu sementara terbabit yang kelihatan mencurigakan.

Usanee pada mulanya mendakwa tidak ingat melakukan sesuatu terhadap botol susu itu sebelum berkata, dia hanya mengelap botol berkenaan menggunakan kain yang digunakan untuk membersihkan rumah.

Dalam pada itu, Yokey mendakwa, pembantu rumah itu kemudian melarikan diri.

Yokey juga mengesahkan, Kirin berada dalam keadaan stabil, namun doktor menasihatkan kanak-kanak itu ditahan semalaman di hospital untuk pemantauan lanjut.

Rakaman kamera keselamatan rumah kemudian menunjukkan, Usanee membawa botol susu Kirin daripada tingkat tiga ke tingkat bawah sebelum menuang Dettol ke dalam botol itu, selain turut menunjukkan dia tidak membersihkan rumah sebaliknya mengambil gambar barangan dan lokasi di dalam rumah.

Difahamkan, Yokey sudah menghantar susu yang tercemar itu ke sebuah makmal untuk ujian lanjut bagi mendapatkan bukti dan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Usanee.


Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.023626 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top