CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki dirogol, polis rayu rakaman CCTV, saksi bantu siasatan

30-12-2025 12:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 643| Komen: 9

 



London: Seorang lelaki dilaporkan dirogol berhampiran Pells Pool di bandar Lewes, Sussex, United Kingdom (UK).

Difahamkan kejadian berlaku antara jam 10 malam pada malam 25 Disember lalu dan 3 pagi pada hari sama.

Mangsa, dipercayai berumur dalam lingkungan 30-an, kini menerima sokongan daripada pegawai pakar.

Media sama turut melaporkan, kehadiran polis yang lebih ramai juga dijangka kekal di kawasan itu sepanjang siasatan dijalankan.

Dalam pada itu, pihak polis memaklumkan, supaya saksi atau sesiapa yang mempunyai maklumat digalakkan untuk tampil membantu siasatan.

Inspektor Detektif Gavin Patch berkata, pasukan khusus terus bekerja dengan tekun untuk meneroka semua laluan siasatan yang tersedia.

"Sebagai sebahagian daripada kerja ini, kehadiran polis boleh dijangka di kawasan Pells Pool dan Brook Street dan di bahagian lain Lewes, termasuk sekitar Eastgate Street serta Lansdown Place.

"Orang awam juga boleh memainkan peranan penting dalam membantu kami membina gambaran yang lebih jelas mengenai kejadian, sama ada mereka penduduk tempatan atau sedang melawat kawasan ini.

"Adakah anda berada di Lewes pada malam Krismas dan melihat sesuatu yang mencurigakan? Adakah anda mempunyai sebarang rakaman daripada kawasan berkenaan, atau sebarang maklumat yang boleh membantu?," katanya.

Beliau turut meminta orang awam yang mempunyai rakaman daripada kawasan berkenaan atau maklumat lain yang boleh membantu siasatan untuk menghubungi polis.

Pells Pool adalah kolam renang awam terbuka di Lewes.

Struktur asal Pells Pool dibina pada tahun 1860 menjadikannya kolam renang awam air tawar terbuka tertua yang masih beroperasi di UK.


Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chacon 30-12-2025 05:38 PM
dirogol perempuan gemuuk macam dalam senario the movie ke
Quote ZORRO5555 30-12-2025 07:11 PM
Jadi lelaki pun memang dah x selamat
Quote VioletsAre_Blue 30-12-2025 08:54 PM
Rasanya pelaku jantan. Takdenya nak report kalau perempuan.
Quote Jitu 31-12-2025 07:27 AM
org lelaki kena rogol
peliknya

klu betul la pompuan yg rogol mcm tak logik je
ke pompuan jelmaan
Quote sagiman91 31-12-2025 08:27 AM
stigma bila lelaki "dicabul atau dirogol"... semua org akan gelak sbb semua pk lelaki kan, takkan lah tak melawan.
Quote aamirshahzad 31-12-2025 09:13 AM
Mmg menakutkan
Quote Cpkay 31-12-2025 09:38 AM
betullah boss ioolss pun tak berani nak kasi anak teruna dia jalan jalan sorang.. banyak kes kes rogol lelaki camni lah
Quote imanjannah 31-12-2025 10:42 AM
Pd pukul 10 mlm dan 3 pagi? 2 kali la dia kena ye, dirogol atau diliwat, kesian lelaki ni
Quote Decaffeinated 31-12-2025 01:28 PM
Kalau ada yang tanya lelaki kalau tak rela boleh tegang ka? Jawapannya boleh.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.035531 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top