CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Abang minta maaf' - Sharif Zero harap hubungan adik-beradik pulih

30-12-2025 12:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1615| Komen: 21

 



Pelawak, pengacara dan pelakon, Sharif Kadir Doli Sharif atau dikenali Sharif Zero, 35, memaklumkan tiada istilah merendahkan ego dalam isu membabitkan hubungannya dengan adik-beradik lain.

Sharif berkata, sesiapa yang mengenalinya akan sedia maklum bahawa dirinya bukan individu terlalu ego.

"Untuk hal keluarga (perselisihan faham) ini, tidak apalah biar kami 'settle' (selesai) tepilah dulu ya.

"Kalau dah okay, nanti saya panggil kamu ramai-ramai untuk makan di rumah saya," katanya yang cuba berjenaka kepada media. 

Sharif yang ditemui ketika hadir pada Sidang Media Selangor Havoc Raya Fest di Setia City Convention Centre, di sini, semalam berkata, dia mengharapkan doa yang baik-baik daripada semua untuk adik-beradik dan keluarganya. 

"Saya rindu nak berkumpul dengan mereka. Tapi tak juga lama saya bertemu mereka sebab baru-baru ini pun saya ada jumpa mak saya. Dengan adik-beradik, baru-baru ini saya jumpa dengan Melati (Syaiful),

"Dengan Atu pun saya ada jumpa, tapi macam biasalah tidak dapat bertegur. Hari itu kami main bola sama-sama. Jadi, biasalah bergaduh adik-beradik.

"Nantilah kita 'settle' apa semua. Kalau mereka menganggap ini salah saya, ya memang salah saya. Mungkin saya sudah terbongkar cerita pasal dia," katanya.

Sharif berkata, dia sebenarnya tiada niat untuk memalukan adiknya dan reda kerana benda sudah berlaku.

"Atu puas hati sudah kau ya. Aku minta maaf. Okay dah settle ya. Abang minta maaf. Okay... dah settle.

"Ada ruang ini. Bagi saya... betullah kita cakap, kita dengar cakap netizen, buang yang keruh ambil yang jernih. Semoga kita kembali seperti dulu.

"Abang ini terima saja, kalau kau datang tempat abang pun, abang okay. Kalau kau nak abang datang tempat kau pun, abang okay," katanya.

Sharif berkata, sebagai abang, perasaannya memang sedih dengan apa yang terjadi.

"Cuma saya tak 'expect' (sangka) boleh besar beginikan. Jadi bagi saya sebenarnya okay saja. Ibu tahu perkara ini tapi ibu dah biasa, kita orang memang bergaduh adik-beradik kan. Jadi ibu tahulah.

"Dia orang ini (kami), gaduh-gaduh ini okay juga nanti," katanya.

Diminta mengulas kenyataan daripada pihak adiknya yang mahu berjumpa tetapi dia menolak, Sharif menafikannya.

"Iyakah ada usaha? Ye ke... berapa kali abang ajak jumpa? Ye ke? Okay dah," katanya.

Dia turut menafikan isu wang menjadi punca krisis antara mereka.

"Saya pun ada minta adik datang jumpa saya untuk bincang. Jangan pula cakap tak ada. Macam saya cakap, ada saja kami berjumpa, bermain bola. Cuma macam biasa, gaduh adik-beradik," katanya.

Ditanya berkenaan Zero pula, Sharif berkata, program lawak yang memerlukan mereka bertiga juga sudah tiada dan ini menyukarkan mereka untuk berkumpul.

"Saya tahu, peminat-peminat yang ramai itu rindu kita nak 'perform' sekali Zero. Jadi, ada juga platform-platform yang lain contoh filem terbaru kami ini, kami digabungkan bertiga di situ.

"Pertandingan komedi untuk kita bertiga juga sudah tiada. Belum ada lagi. Macam sekarang saya ada peluang. Sekarang kamu tengok saya aktif di media sosial.

"Kalau tengok saya punya live, saya banyak nyanyi. Saya juga aktif dalam sukan. Kalau kamu tahu, sekarang saya main pickleball. Jadi saya jumpa kawan-kawan baru, circle-circle baru," katanya.

Sharif akan menjadi pengacara rasmi Selangor Havoc Raya Fest 2.0 2026 bersama Fad Bocey dan Danial Zaini yang bakal berlangsung selama 96 jam tanpa henti dari 12 hingga 16 Mac 2026 di Hall 1 &2 Setia City Convention Centre, Setia Alam. 



Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sideqsegaraga 30-12-2025 03:17 PM
Semoga yang baik-baik untuk Shariff dan Atu. Kita adik beradik tu gaduh perkara biasa. Jangan lama-lama. Lupakan yang dah berlaku dan terus maju ke depan.
Quote teen_angelJB 31-12-2025 08:30 AM
Nak cakap 1 je..
Kerana pulut santan binasa..
Kerana mulut.. Lu pikir la sendiri..
Sibuk keja content.. Habis semua aib terlondeh..
Quote anarina 31-12-2025 08:34 AM
Kalau otak rempit mcm tu laaaa n we feed ourself n anak2 org otak n life level mcm ni, no wonder
Quote chandrahusin 31-12-2025 09:43 AM
apa kes diorg ni?
tau2 gado?
atu mengata sarip kah?
adik beradik biasa lah
mmg ada gado2 esok2 baik lah tu
btw takde tred balu arwah abam kawin baru kah?
aku tak pandai nak bukak tred
tak pandai nak tepek2 gamba
nnt takde bukti plk
Quote ZORRO5555 31-12-2025 09:48 AM
Air dicincang tak akan putus
Quote mrsbob87 31-12-2025 12:11 PM
Edited by mrsbob87 at 31-12-2025 04:20 PM
chandrahusin replied at 31-12-2025 09:43 AM
apa kes diorg ni?
tau2 gado?
atu mengata sarip kah?

owh mase podcast dia ada cakap yang atu zero,1st time datang KL..
sikit lagi nak jadi "jantan lorong"... marah ler adik dia, kau bukakkan aib kawan tu..
Quote chandrahusin 31-12-2025 03:06 PM
mrsbob87 replied at 31-12-2025 12:11 PM
owh mase podcast dia ada cakap yang atu zero,1st time datang KL..
sikit lagi naj jadi "jantan loro ...

oo ptt pun atu sentap
Quote A-Are 31-12-2025 03:14 PM
masing2 jenis gurau kasar...tp rupanya cepat terasa jugak...gaduh adik beradik ni kalau sampai level xbertegur selalunya besar lah tu sebab dia...ada lah tu benda aib yg xdikongsi..biarlah dorang settle sesama dorang
Quote EncikRhoma 31-12-2025 05:15 PM
mrsbob87 replied at 31-12-2025 12:11 PM
owh mase podcast dia ada cakap yang atu zero,1st time datang KL..
sikit lagi nak jadi "jantan loron ...

Dia marah sebab benda tu betul ke? Ke atu tu ummah closet? Atu yg selalu jadi pondan nama melati tu kan?
Quote Duta lover 31-12-2025 06:25 PM
Tapi aku tgk video aritu. Adik de ckp gaduh sbb pembahagian duit menang show apa ntah yang x adil. Mcm abg de bolot duit
Quote Temenung 31-12-2025 06:25 PM
EncikRhoma replied at 31-12-2025 05:15 PM
Dia marah sebab benda tu betul ke? Ke atu tu ummah closet? Atu yg selalu jadi pondan nama melati t ...

Yg melati tu syaiful.yg kurus skit tu

Atu ni yang rambut kembang
Quote Duta lover 31-12-2025 06:29 PM
Ni video nya
Dia kata duit kemenangan tu dia dapat sikit...so dia terasa. Bukan sbb pasal dedah aib kat podcast tu

[ig]https://www.instagram.com/reel/DR1fKDKj7cj/?igsh=bDB5bHd1ODduY3Rh[/ig]
Quote lanacondor 31-12-2025 09:04 PM
Atu ni bagus. Masa covid dia dgn bini dia jahit baju ppe utk doktor2. Bukan senang nak jahit satu2. Baik dia
Quote asfaz 31-12-2025 09:51 PM
chandrahusin replied at 31-12-2025 09:43 AM
apa kes diorg ni?
tau2 gado?
atu mengata sarip kah?

Baca aritu,sarip ngata atu
Quote asfaz 31-12-2025 09:54 PM
chandrahusin replied at 31-12-2025 09:43 AM
apa kes diorg ni?
tau2 gado?
atu mengata sarip kah?

Dah kawin ke? Skodeng ig takde pulak gbr nikah.Nak nikah kot.
Quote asfaz 31-12-2025 10:01 PM
[tiktok]7585111613657713936[/tiktok]
Quote asfaz 31-12-2025 10:03 PM
[tiktok]7446202269193800968[/tiktok]
Quote chandrahusin 31-12-2025 11:15 PM
asfaz replied at 31-12-2025 09:54 PM
Dah kawin ke? Skodeng ig takde pulak gbr nikah.Nak nikah kot.

Oo belum eh
Yg kecoh² sheols update bye yg lama hi yg baru tu
Baru couple² rupanya
Quote asfaz 31-12-2025 11:17 PM
chandrahusin replied at 31-12-2025 11:15 PM
Oo belum eh
Yg kecoh² sheols update bye yg lama hi yg baru tu
Baru couple² rupanya

Ada gak nampak post kat mana ntah. Ada lak yg komen ali P senyum sinis tgk
lahhhh...liitammmm tu sapa..takkan nak membalu smpi tua kan? Kalau dah ada yg nak ,biarla kawin,muda lagi.
Ada yg komen kesian arwah.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.206485 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top