|
Pempengaruh media sosial dan usawahan Khairul Aming mendedahkan dia bakal memiliki rumah pertama tidak lama lagi. Menerusi sesi siaran langsung, Khairul Aming berkata selepas dua belas tahun menyewa dia bakal memiliki rumah pertama dan akan mengambil kunci dalam masa terdekat. “Minggu depan aku akan ambil kunci rumah yang pertama. Akhirnya aku ada rumah sendiri selepas 12 tahun menyewa,” katanya. Sementara itu, Khairul Aming berkata rumah dibelinya bukan bersaiz besar namun selesa untuk tinggal seorang memandangkan dia masih bujang. “Tapi rumah kondo kecil sahaja, 1,000 square feet. “Cukuplah tu untuk aku duduk seorang. Aku nak bela hamster, ikan flowerhorn dengan ikan guppy… parking ada dua tapak,” katanya. Sebelum ini, Khairul Aming mengumumkan pembukaan restoran pertama miliknya yang dinamakan sebagai Rembayung yang terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Sumber : - Rotikaya
|
prettyuglybabe replied at 30-12-2025 11:13 AM
dia tak angkut kengkawan dia dok sekali ke nanti?
eyansss replied at 30-12-2025 11:10 AM
manakala budak2 muda yang baru bergaji rm2k sibuk nak beli kereta mahal2, pastu dok bising nak beli ...
fadz84 replied at 30-12-2025 11:17 AM
sure kereta jenama H kan..
mummy75 replied at 30-12-2025 12:06 PM
kondo setakat 1000 sqft kt KL tp tgk location juga..harga ofcos melantun2..klu dpt 2 parking tu mcm ...
MissVixen replied at 30-12-2025 02:26 PM
Saiz kondo standard la tu. Bukannya kecil dan murah macam studio atau besar dan mahal macam penthous ...
fadz84 replied at 30-12-2025 01:54 PM
Kondo tu bukan apartment.. Kalau location kat KL sure juta jugak tu..
MissVixen replied at 30-12-2025 02:26 PM
Saiz kondo standard la tu. Bukannya kecil dan murah macam studio atau besar dan mahal macam penthous ...

wadiunong replied at 31-12-2025 12:02 PM
aku tgk KA ni takdela sejenis show off & dia pon fokus kt bisnes dia . still ada yg bitter & benci d ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-2-2026 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.195879 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.