|
DHAKA: Perdana Menteri wanita pertama Bangladesh, Khaleda Zia, meninggal dunia selepas menghidap penyakit berpanjangan, menurut parti pembangkang Bangladesh Nationalist Party (BNP), hari ini.
Khaleda, 80, disahkan menghidap sirosis hati selain arthritis, diabetes serta masalah pada dada dan jantung, menurut kenyataan doktornya. Pernah menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali, Khaleda dilantik untuk pertama kali pada 1991 hingga ke 1996, menjadi perdana menteri wanita yang pertama di negara itu. Pada 2001, beliau sekali lagi dilantik sebagai Perdana Menteri Bangladesh dan berkhidmat sehingga 2006. Beliau adalah balu kepada presiden Ziaur Rahman, dan mengetuai parti suaminya Parti Nasionalis Bangladesh. Sumber : - BH |
Skuau replied at 30-12-2025 11:12 AM
"Tada kisah..sini nigara malaydesh lagi baik...apa pun...VOLE"-Banglasia
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.105465 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.