|
KUALA LUMPUR: Selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN), kini PAS memberi bayangan pemimpin parti itu yang akan menerajui gabungan parti itu.
Namun, Pengerusi PN tidak semestinya diwakili Presiden, Tan Sri Abdul Hadi Awang. Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, berkata sebaliknya pemimpin parti itu yang akan diangkat sebagai Pengerusi PN adalah seorang individu yang diyakini boleh menggembleng kekuatan parti yang ada di bawah perikatan terbabit. "Tan Sri Muhyiddin menyatakan hasrat beliau untuk meletakkan jawatan Pengerusi PN berkuatkuasa 1 Januari 2026. "Saya yakin PAS akan menampilkan calon dari parti ini untuk menerajui PN sebagai Pengerusi yang baharu. "Tidak semestinya Presiden parti tetapi seorang individu yang diyakini boleh mengembling kekuatan parti yang ada di bawah PN," katanya. Terdahulu, Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU dilaporkan mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi PN. Peletakan jawatan itu disahkan beberapa pemimpin BERSATU termasuk Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Penerangannya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz. Pada masa sama, Ahmad Fadli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, berkata rombakan akan dilakukan terhadap organisasi PN bagi memberikan fokus yang lebih kepada gerak kerja selepas ini. Beliau berkata, pihaknya turut menyifatkan peletakan jawatan bekas Perdana Menteri itu sebagai Pengerusi PN adalah tindakan yang bijak dan tepat dalam situasi perikatan itu memerlukan momentum baharu menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). "Tahniah Tan Sri Muhyidin Yasin atas sikap terbuka beliau. Selamat bekerja Pengerusi PN yang baharu," katanya dalam hantaran di Facebook. Sumber : - BH
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.146383 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.