CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hamas sahkan Abu Obeida terbunuh dalam serangan udara Israel

30-12-2025 10:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 425| Komen: 11

 



GAZA: Sayap bersenjata Hamas mengesahkan kematian jurucakapnya, Abu Obeida, beberapa bulan selepas Israel mengumumkan beliau terbunuh dalam satu serangan udara di Gaza.

Ezzedine al-Qassam Brigades dalam satu kenyataan video di saluran Telegramnya berkata: "Kami berhenti sejenak dengan penuh penghormatan terhadap…lelaki bertopeng yang dicintai jutaan orang…komander syahid agung dan jurucakap Briged Qassam, Abu Obeida."

Israel sebelum ini mendakwa Abu Obeida terbunuh dalam satu serangan di Gaza pada 30 Ogos.

Sepanjang perang, Abu Obeida — nama sebenarnya Hudhayfa Samir al-Kahlout — muncul sebagai tokoh utama yang dinantikan oleh penduduk Gaza, serta media Arab dan antarabangsa, bagi kenyataan rasmi sayap ketenteraan Hamas, khususnya berkaitan operasi pertukaran tahanan.




Dilahirkan 11 Februari 1985 dan dibesarkan di kem pelarian Jabalia di utara Gaza, beliau menyertai Hamas sejak usia muda sebelum menjadi anggota Briged al-Qassam.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai satu-satunya jurucakap kumpulan itu, sering tampil dalam kenyataan video berseragam tentera dengan wajah sentiasa ditutup kain keffiyeh merah dan pernah menjadi sasaran beberapa cubaan pembunuhan oleh Israel.

Menurut pegawai Hamas, Abu Obeida melambangkan apa yang mereka sifatkan sebagai "penentangan" dan dikenali dengan ucapan berapi-api serta berimpak tinggi, termasuk ancaman terhadap Israel atau pengumuman operasi ketenteraan.

Seorang pegawai Hamas memberitahu AFP, selama bertahun-tahun, hanya segelintir kecil pegawai Hamas mengetahui identiti sebenar beliau.

Israel menyatakan ia telah melumpuhkan kepimpinan Hamas sebagai sebahagian usaha memusnahkan kumpulan itu susulan serangan Hamas pada 7 Oktober 2023 yang mencetuskan perang.

Dalam video pengumuman kematiannya, seorang lelaki bertopeng berpakaian gaya khas Abu Obeida berkata, beliau akan menggunakan nama pendahulunya bagi kenyataan akan datang, selain mengumumkan kematian empat lagi komander Hamas dalam serangan Israel semasa perang. - AFP


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote STONER 30-12-2025 11:54 AM
gila israel amerika memang hari2 dorang cari agaknya tapi aku kagum la dengan pejuang walaupun gaza dah hancur tapi nak kenal dorang dan cari dorang bukan senang walaupun macam2 teknologi zionis ngn as ada
Quote Decaffeinated 30-12-2025 12:03 PM
Semoga arab dan Israel boleh berdamai macam Thailand dan kemboja, Malaysia dan Singapore etc.
Quote alesandra 30-12-2025 02:25 PM
Satu family meninggal.anak2 dia comel2.semoga syahid dan bahagia di alam sana
Quote ZORRO5555 30-12-2025 07:21 PM
Innalillah...
Quote pooh~key 30-12-2025 07:33 PM
Decaffeinated replied at 30-12-2025 12:03 PM
Semoga arab dan Israel boleh berdamai macam Thailand dan kemboja, Malaysia dan Singapore etc.

Kalau betul boleh berdamai dan bergabung, sumpah akak masuk islam balik sissy.
Quote B40tastePosh 31-12-2025 04:12 PM
Orang Arab Palestine tu keturunan Bani Israel juga, bukan semua orang Israel itu pindah ke Eropah dan Russia.

Ramai orang Israel zaman dulu masuk Islam, orang zaman dulu bila masuk Islam mereka akan belajar bahasa Arab untuk faham Al Quran. Contoh macam Arab Coptic/Mesir, Arab Berber, Arab Parsi... Mereka tu bukan original Arab. Btw Nabi Muhammad pun bukan original Arab, Nabi Muhammad dalam keturunan Arab Musta'ribah sepupu dengan Israel.

Sebab tu Islam turun di keluarga Quraisy. Turun di kalangan bangsa Arab... Sebab orang tak boleh pertikai Islam itu turun pada Arab Jati atau Bukan Arab Jati.
Quote cmf_jeangrey 31-12-2025 07:12 PM
Mereka tak berimpian pun utk hidup seribu tahun lg di dunia
Sebab tu berani mati mempertahankan bangsa dan tanahair mereka
Quote cmf_almondpecan 31-12-2025 07:20 PM
B40tastePosh replied at 31-12-2025 04:12 PM
Orang Arab Palestine tu keturunan Bani Israel juga, bukan semua orang Israel itu pindah ke Eropah da ...

Kawan2 saya yang coptic Mesir pun diaorang berbahasa dan berbudaya Arab tapi bukan asal bangsa Semitic, yaani bukan Arab asli. Bagi penduduk di Levant pula, memang bukan semua Yahudi pindah ke Eropah atau negara2 lain di Timur Tengah. Ramai yang kekal dia tempat yang bergelar Israel dan Palestin sekarang ni, dan ramai yang kekal beragama Yahudi iaitu golongan bergelar Sabra.
Quote B40tastePosh 31-12-2025 08:39 PM
Edited by B40tastePosh at 31-12-2025 08:43 PM
cmf_almondpecan replied at 31-12-2025 07:20 PM
Kawan2 saya yang coptic Mesir pun diaorang berbahasa dan berbudaya Arab tapi bukan asal bangsa Sem ...


Ramai Bani Israel yang tinggal di Levant tak bertutur lagi dalam Bahasa Hebrew, mereka bertutur dalam Bahasa Arab dan Aramaic. Masa zaman Nabi Isa, mereka dah bertutur dalam Aramaic semasa balik dari Babylon selepas runtuh Haikal Pertama..sekitar zaman Nabi Uzair (Ezra)

Bahasa Hebrew sekarang adalah jenis Yiddish (campuran bahasa Eropah dan Hebrew) dan Reform Hebrew.

Yang di Palestin, dan Gaza tu memang mereka adalah keturunan Bani Israel. Cuma bahasa pertuturan sahaja  bertukar kepada Arab dan Aramaic dan mereka masih berbudaya Levant (termasuk Bani Israel).

Original Arab macam belah Yaman itu. Tapi Arab Purba dah pupus macam kaum Ad, Tsamud DLL.
Quote cmf_almondpecan 31-12-2025 08:53 PM
B40tastePosh replied at 31-12-2025 08:39 PM
Ramai Bani Israel yang tinggal di Levant tak bertutur lagi dalam Bahasa Hebrew, mereka bertutur da ...


Ya loghat prestige bahasa Hebrew modern di Israel sekarang adalah berasaskan sebutan Ashkenaz yang bahasa ibunda asal mereka adalah Yiddish iaitu sejenis Low German. Semasa saya duduk di kalangan perumahan Ashkenaz Jews di Europe, saya perhatikan mereka bertutur seakan German dengan sebutan "ay" bagi ejaan "ei" yang disebut "ai" dalam bahasa German standard. Selain tu banyak Judeo influence dalam vocab, gaya bahasa, outlook dsb dalam bahasa Yiddish yang mempengaruhi bahasa Hebrew modern hari ni.

Ketika Yahudi baru melakukan aaliyah zaman Herzl dulu, ramai yang kata kalau kita pijak jari kaki seorang budak yang berhijrah dari Europe dan diajar untuk bertutur bahasa Hebrew modern, dia tetap akan menjerit Mame! Dan bukan Ima! Tapi pada hari ni, kebanyakan budak muda lebih biasa menyebut Ima melainkan anak2 komuniti Haredi. Sebutan ala Yiddish seperti Moishe, Toyre, shabbos, alef bes juga makin berkurangan.
Quote B40tastePosh 31-12-2025 09:01 PM
Edited by B40tastePosh at 31-12-2025 09:18 PM
cmf_almondpecan replied at 31-12-2025 08:53 PM
Ya loghat prestige bahasa Hebrew modern di Israel sekarang adalah berasaskan sebutan Ashkenaz yang ...


Menarik pengalaman kamu, saya pun cuba nak faham bangsa mereka ini dari Al Quran.

Sebenarnya orang Israel ini semacam terkena sumpahan keturunan / hereditary curse selepas Haikal Kedua (Peluang Kedua)

Kalau ikut Al Quran memang tiada lagi peluang ketiga atau Haikal Ketiga. Allah dah lenyapkan pengetahuan dari mereka kedudukan Haikal Pertama dan Haikal Kedua. Sebab tu mereka harapkan diturunkan nabi lagi untuk guide mereka. Tapi Allah dah sebut kalau diberikan peluang ketiga mereka Bani Israel akan lakukan kesilapan yang sama. Kalau ada nabi lagi , mereka takkan ikut nabi itu.

Tapi zaman ini dah masuk zaman industri/kapitalisme. Memang takkan berjaya sebab mereka akan saling membunuh untuk kejar dunia, bukan untuk spiritual. Keturunan Israel akan bunuh keturunan Israel untuk kejar dunia. Ini juga punca runtuhnya Haikal Kedua . Israel takkan berperang bunuh keturunan Quraisy atau Hadramaut, bahkan bersahabat.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.043196 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top