CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Kejam Kamu Nubhan, Barang-Barang Saya Dicampak Didepan Rumah Ibu” - Dr Fie

30-12-2025 10:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1651| Komen: 18

 



Bekas isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Fie meluahkan rasa marah apabila pelbagai barang termasuk barangan peribadi dikeluarkan dari rumah yang dia tinggal bersama anak-anak tanpa pengetahuannya.

Menerusi perkongsian di Threads, Dr Fie berkata dia kini berada di luar negara dan memaklumkan Nubhan telah mengeluarkan barang-barang di rumah serta mendakwa barang-barang dicampak di hadapan rumah ibunya.

 


Sementara itu, Dr Fie turut bertanyakan barangan berharga miliknya dipegang oleh siapa serta mengatakan kamera litar tertutup (CCTV) telah ditutup sekaligus dia tidak boleh memantau keadaan rumah.

 



Tidak dapat menahan sabar, Dr Fie mendedahkan segala aset-aset pemberian Nubhan hanyalah untuk dijadikan sebagai konten di media sosial.

 

“Tergamaknya kau! Rumah nama kau! Kereta nama kau! Macam tu je kau buang aku! Tanpa belas kasihan. 

“Lepas tu bukan main orang cakap bgi hadiah kereta, rumah, clinic! Tidak ya!!!! Dia punya tahap bagi tu atas dasar content je!” dedahnya.

Sumber : - Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 30-12-2025 10:33 AM
Geepreeeeeekkkk..
Quote Perawankota 30-12-2025 10:49 AM
Jahatnyaaaaaa duda nya itu… Klu dia menang GV, mmg bodo laaa.. Tak kisahlah klu ex bini kuat merentan pon, tapi respect lah jugak org tu
Quote prettyuglybabe 30-12-2025 11:14 AM
boikot gv sampai dia berambus..
Quote fattymah 30-12-2025 11:17 AM
Aritu org kata tu rumah doktor.. ternyata sangkaan ku benar belaka.. netijen dan bodoh berpisah tiada
Quote fadz84 30-12-2025 11:21 AM
Hmmm buat kat ex sampai cmtu sekali ke?? biar melingkup la ko kat GV tu.. finale nnti x keluar suara nk menyanyi.. nyanyi lagu Bukan Lagi Kita yg kategori biasa tu pun dikatakan terbaik.. OVERRATED
Quote sfrnna 30-12-2025 12:33 PM
Jahat gila ye. Menganiaya orang sampai macam ni. So immature. Dr.Fie suka merentan tp bab ni meols sokong dia. Semoga dapat balasan tuhan la ya
Quote kucingitam 30-12-2025 12:42 PM
aku dr mula dulu pun tak suka dgn si noob ni. aura poyo terserlah. pastu asyik guna omak as content lagi menyampah...
Quote Minami2013 30-12-2025 12:45 PM
Indirectly dia 'halau' dr fie dari rmh tu. Jahat nya la lelaki macam ni.
Quote YellowScarf 30-12-2025 03:30 PM
Drama n keluarga ni berpisah tiada..yang mana kenal tu,kenal la ????
Quote lazim 30-12-2025 03:42 PM
Iddah dh lama habis. Yg kau terhegeh2 xnk pindah nk tunggu apa? Sepatutnya dh lama beransur kemas brg kau klr. Pegi oversea blh plk. Nk punggah barang sendri pon xbuat2. Org punggahkan dh bt ayat dramatik
Quote vender 30-12-2025 09:03 PM
lazim replied at 30-12-2025 03:42 PM
Iddah dh lama habis. Yg kau terhegeh2 xnk pindah nk tunggu apa? Sepatutnya dh lama beransur kemas br ...

Otak ko sama dgn aku. Punca dia afifah sendiri yg tak prepare awal..sebulan dia duduk kat rumah tu free padahal dah jadi org luar pun..

Tp yg keluarkan brg time afifah takde kat rumah tu mmg kejamla..
Bukan senang nak unpack barang..lebih2 lagi kita tak tahu brg2 tu diletak dlm kotak mana.
Quote kaseh80 30-12-2025 09:31 PM
Kenapa seorang bekas suami seorang lelaki tak berhubung dan notify bekas isteri tentang isu ini
Ini tahap COWARD to the max

Quote sayawifenikmie 30-12-2025 09:43 PM
Edited by sayawifenikmie at 30-12-2025 09:44 PM

saya je ke rasa dia ni "bingit"
ingat dulu dia ni "pendiam"
kita tak ahu apa yg terjadi dlm rumahtangga depaNubhan punnnn
berbincang lah elok2
kasihan kat anak2 tu

bila bercerai dan ada anak
siapa yg kena sediakan tempat tinggal anak2?
kenderaan ?
adakah semua ini termasuk dlm Nafkah yg si ayah kena bagi tu ?

Saya kasihan kata anak2 jer
Quote noor2 30-12-2025 09:44 PM
X suka manusia yg kuat merentan...baik lelaki mau pun perempuan...
Quote cm_vungtau 31-12-2025 08:33 AM
Tak bahaya ke ko dah cakap barang depan rumah mak tapi ko kat overseas. Tak memasal barang hilang nanti
Quote lazim 31-12-2025 11:45 AM
Lelaki bila dia dh start xbercakap bermksud dia dh bosan. Ko provok la apa pon dia dh mls layan. Dia betul ke dia salah dia blh buat2 tuli je.. Cth edel. Itu je cara nk ajar perempuan kaki play victims
Quote mrsLucky 31-12-2025 12:16 PM
Edited by mrsLucky at 31-12-2025 12:18 PM


Sejujurnya saya tak suka muka
Nubhan, setiap kali nampak muka dia di mana-mana, saya terus scroll laju2.

Tak tahu kenapa. Bukan kenal pun, cuma rasa tak selesa. Even before this pun i feel this way.
Quote ciwelireng 31-12-2025 01:58 PM
Pegi saman boleh ke?

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.136998 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top