|
Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggeledah pejabat Tentera Darat di Kementerian Pertahanan (MINDEF) serta di kediaman rasmi milik seorang pegawai kanan Tentera Darat, kelmarin.
Menurut sumber, penggeledahan bermula sekitar 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam. "Penggeledahan tidak menghasilkan sebarang sitaan wang tunai. Namun SPRM telah menyita beberapa barangan mewah bernilai tinggi termasuk jam tangan dan beg tangan mewah yang dipercayai berkait dengan siasatan," kata sumber itu. Menurut sumber sama, suspek sepatutnya hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM semalam, namun beliau telah dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada tarikh berkenaan. "Setakat ini, suspek masih menerima rawatan dan belum dapat dirakam keterangan. "Siasatan ketika ini memfokuskan kepada aliran wang yang disyaki masuk ke dalam akaun milik seorang pegawai kanan Tentera Darat, yang kini disiasat sebagai suspek dalam satu kes rasuah melibatkan projek perolehan Tentera Darat Malaysia," katanya. Dalam perkembangan berkaitan, sumber memaklumkan bahawa siasatan tetap diteruskan dengan memanggil saksi-saksi utama melibatkan kontraktor yang dipercayai memperoleh projek berkaitan Tentera Darat. "SPRM sudah merakam keterangan lima pemilik syarikat dan jumlah keseluruhan saksi yang telah dipanggil bagi membantu siasatan adalah 10 orang," katanya. Sumber turut mendedahkan bahawa SPRM sedang menyiasat kira-kira 40 syarikat yang disyaki terbabit dalam pemberian wang rasuah, dan siasatan terhadap syarikat-syarikat berkenaan sedang dijalankan secara berperingkat. SPRM dijangka akan terus memperluaskan siasatan termasuk aspek aliran kewangan, perolehan projek dan kaitan individu serta syarikat yang terlibat, selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Akta SPRM 2009. Pada Selasa lalu, pegawai SPRM hadir ke Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan tumpuan terarah kepada projek-projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) Tentera Darat. Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki telah mengesahkan satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. "Hari ini, pegawai SPRM menjalankan penggeledahan di beberapa syarikat yang dipercayai terbabit bagi mendapatkan dokumen dan bahan bukti berkaitan," katanya. Beliau juga mengesahkan bahawa enam akaun bank yang dipegang oleh suspek dan ahli keluarganya disita dalam siasatan ini. Pada 24 Disember lalu, SPRM mengambil aduan dan merakam keterangan Ketua BERSATU Bahagian Port Dickson, Chegubard atau nama sebenar, Badrul Hisham Shaharin di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, kira-kira jam 12 tengah hari mengenai perincian maklumat yang beliau peroleh. Chegubard sebelum ini mendakwa terdapat 'aliran tunai besar' dikesan dalam akaun bank seorang pegawai dan ahli keluarganya, yang disyaki berpunca daripada syarikat-syarikat yang memperoleh projek ketenteraan. Beliau merujuk kepada audit forensik dokumen yang diterimanya tanpa nama, mendakwa pegawai berkenaan menerima wang antara RM50,000 hingga RM60,000 setiap bulan ke dalam akaun bank. Dokumen berkenaan, dakwanya, turut menunjukkan pemindahan wang dalam jumlah lebih besar, mencecah ratusan ribu ringgit ke dalam akaun yang dikaitkan dengan pegawai terbabit. Beliau juga mendakwa dana itu dipindahkan daripada akaun syarikat-syarikat yang telah memperoleh projek ketenteraan. Sumber : - Harian Metro
|
Firenzza replied at 29-12-2025 05:00 PM
Knp x ambush mlm2 buta sblm masuk icu?
silance replied at 29-12-2025 11:15 AM
Jantung laju nervous tak sanggup kehilangan harta ke?

Kitty_catz replied at 30-12-2025 08:47 AM
mindef? bukan sedari dulu lubukkkk ke?

NazRysha replied at 30-12-2025 09:39 AM
Jam tangan apa yang dia pakai
Bestnya kalau jadi PA dia mesti dimewahkan jugekk
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-2-2026 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.103411 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.